Al-Quran/Az-Zumar
←Sebelum | Indeks | Berikut→ |
سورة الزمر
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
تَنزِيلُ الۡكِتَابِ مِنَ اللَّهِ الۡعَزِيزِ الۡحَكِيمِ (1)
Turunnya Kitab Al-Quran ini dari Allah, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
إِنَّا أَنزَلۡنَا إِلَيۡكَ الۡكِتَابَ بِالۡحَقِّ فَاعۡبُدِ اللَّهَ مُخۡلِصًا لَّهُ الدِّينَ (2)
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الۡخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوۡلِيَاء مَا نَعۡبُدُهُمۡ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَي اللَّهِ زُلۡفَي إِنَّ اللَّهَ يَحۡكُمُ بَيۡنَهُمۡ فِي مَا هُمۡ فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ (3)
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik) dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya, sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
لَوۡ أَرَادَ اللَّهُ أَنۡ يَتَّخِذَ وَلَدًا لَّاصۡطَفَي مِمَّا يَخۡلُقُ مَا يَشَاء سُبۡحَانَهُ هُوَ اللَّهُ الۡوَاحِدُ الۡقَهَّارُ (4)
Kalaulah Allah hendak mempunyai anak, tentulah Dia memilih mana-mana yang dikehendakiNya dari makhluk-makhluk yang diciptakanNya; Maha Sucilah Dia (dari menghendaki yang demikian). Dialah Allah, Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya.
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ بِالۡحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيۡلَ عَلَي النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَي اللَّيۡلِ وَسَخَّرَ الشَّمۡسَ وَالۡقَمَرَ كُلٌّ يَجۡرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّي أَلَا هُوَ الۡعَزِيزُ الۡغَفَّارُ (5)
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni
خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٍ وَاحِدَةٍ ثُمَّ جَعَلَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا وَأَنزَلَ لَكُم مِّنۡ الۡأَنۡعَامِ ثَمَانِيَةَ أَزۡوَاجٍ يَخۡلُقُكُمۡ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمۡ خَلۡقًا مِن بَعۡدِ خَلۡقٍ فِي ظُلُمَاتٍ ثَلَاثٍ ذَلِكُمُ اللَّهُ رَبُّكُمۡ لَهُ الۡمُلۡكُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ فَأَنَّي تُصۡرَفُونَ (6)
Dia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Dia menjadikan daripadanya, isterinya (Hawa) dan Dia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak lapan ekor: (Empat) pasangan (jantan dan betina). Dia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)?
إِن تَكۡفُرُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنكُمۡ وَلَا يَرۡضَي لِعِبَادِهِ الۡكُفۡرَ وَإِن تَشۡكُرُوا يَرۡضَهُ لَكُمۡ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزۡرَ أُخۡرَي ثُمَّ إِلَي رَبِّكُم مَّرۡجِعُكُمۡ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ إِنَّهُ عَلِيمٌ بِذَاتِ الصُّدُورِ (7)
Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk kesempurnaanNya) dan Dia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur dan jika kamu bersyukur, Dia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Dia akan memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.
وَإِذَا مَسَّ الۡإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَا رَبَّهُ مُنِيبًا إِلَيۡهِ ثُمَّ إِذَا خَوَّلَهُ نِعۡمَةً مِّنۡهُ نَسِيَ مَا كَانَ يَدۡعُو إِلَيۡهِ مِن قَبۡلُ وَجَعَلَ لِلَّهِ أَندَادًا لِّيُضِلَّ عَن سَبِيلِهِ قُلۡ تَمَتَّعۡ بِكُفۡرِكَ قَلِيلًا إِنَّكَ مِنۡ أَصۡحَابِ النَّارِ (8)
Dan apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Tuhannya dengan keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripadaNya, lupalah dia akan segala bahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu dan dia pula menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah, untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari jalan Allah. Katakanlah (kepadanya): Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.
أَمَّنۡ هُوَ قَانِتٌ آنَاء اللَّيۡلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحۡذَرُ الۡآخِرَةَ وَيَرۡجُو رَحۡمَةَ رَبِّهِ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِي الَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوۡلُوا الۡأَلۡبَابِ (9)
(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
قُلۡ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمۡ لِلَّذِينَ أَحۡسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنۡيَا حَسَنَةٌ وَأَرۡضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّي الصَّابِرُونَ أَجۡرَهُم بِغَيۡرِ حِسَابٍ (10)
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertakwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat) dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira
قُلۡ إِنِّي أُمِرۡتُ أَنۡ أَعۡبُدَ اللَّهَ مُخۡلِصًا لَّهُ الدِّينَ (11)
Katakanlah lagi (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepadaNya;
وَأُمِرۡتُ لِأَنۡ أَكُونَ أَوَّلَ الۡمُسۡلِمِينَ (12)
Dan aku diperintahkan supaya menjadi orang yang awal pertama berserah diri bulat-bulat (kepada Allah).
قُلۡ إِنِّي أَخَافُ إِنۡ عَصَيۡتُ رَبِّي عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ (13)
Katakanlah lagi: Sesungguhnya aku takut jika aku menderhaka kepada Tuhanku, akan azab hari yang besar (soal jawabnya).
قُلِ اللَّهَ أَعۡبُدُ مُخۡلِصًا لَّهُ دِينِي (14)
Katakanlah lagi: Allah jualah yang aku sembah dengan mengikhlaskan amalan agamaku kepadaNya.
فَاعۡبُدُوا مَا شِئۡتُم مِّن دُونِهِ قُلۡ إِنَّ الۡخَاسِرِينَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنفُسَهُمۡ وَأَهۡلِيهِمۡ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ أَلَا ذَلِكَ هُوَ الۡخُسۡرَانُ الۡمُبِينُ (15)
(Setelah kamu mengetahui pendirianku ini wahai kaum musyrik dan kamu masih juga berdegil) maka sembahlah kamu apa yang kamu kehendaki, yang lain dari Allah, (kamu akan mengetahui akibatnya). Katakanlah lagi: Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.
لَهُم مِّن فَوۡقِهِمۡ ظُلَلٌ مِّنَ النَّارِ وَمِن تَحۡتِهِمۡ ظُلَلٌ ذَلِكَ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِ عِبَادَهُ يَا عِبَادِ فَاتَّقُونِ (16)
Bagi mereka (yang kafir disediakan) lapisan-lapisan dari api menyerkup di atas mereka dan lapisan-lapisan (dari api) di bawah mereka; dengan (azab) yang demikian, Allah menakutkan hamba-hambaNya: Oleh itu, bertakwalah kepadaKu wahai hamba-hambaKu!
وَالَّذِينَ اجۡتَنَبُوا الطَّاغُوتَ أَن يَعۡبُدُوهَا وَأَنَابُوا إِلَي اللَّهِ لَهُمُ الۡبُشۡرَي فَبَشِّرۡ عِبَادِ (17)
Dan orang-orang yang menjauhi dirinya dari menyembah atau memuja Taghut serta mereka rujuk kembali taat bulat-bulat kepada Allah, mereka akan beroleh berita yang menggembirakan (sebaik-baik sahaja mereka mulai meninggal dunia); oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu.
الَّذِينَ يَسۡتَمِعُونَ الۡقَوۡلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحۡسَنَهُ أُوۡلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوۡلَئِكَ هُمۡ أُوۡلُوا الۡأَلۡبَابِ (18)
Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna.
أَفَمَنۡ حَقَّ عَلَيۡهِ كَلِمَةُ الۡعَذَابِ أَفَأَنتَ تُنقِذُ مَن فِي النَّارِ (19)
Maka adakah orang yang telah ditetapkan atasnya hukuman azab (disebabkan kekufurannya, sama seperti orang yang dijanjikan bergembira dengan balasan imannya? Sudah tentu tidak)! Oleh itu adakah engkau berkuasa menyelamatkan orang yang (ditetapkan kekal) dalam Neraka?
لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوۡا رَبَّهُمۡ لَهُمۡ غُرَفٌ مِّن فَوۡقِهَا غُرَفٌ مَّبۡنِيَّةٌ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا الۡأَنۡهَارُ وَعۡدَ اللَّهِ لَا يُخۡلِفُ اللَّهُ الۡمِيعَادَ (20)
Tetapi (sebaliknya) orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka (dengan mengerjakan suruhanNya dan menjauhi laranganNya), dibina untuk mereka (di dalam Syurga) mahligai-mahligai yang tinggi bertingkat-tingkat, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Demikianlah janji yang ditetapkan Allah; Allah tidak sekali-kali akan mengubah janji-janjiNya.
أَلَمۡ تَرَ أَنَّ اللَّهَ أَنزَلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَسَلَكَهُ يَنَابِيعَ فِي الۡأَرۡضِ ثُمَّ يُخۡرِجُ بِهِ زَرۡعًا مُّخۡتَلِفًا أَلۡوَانُهُ ثُمَّ يَهِيجُ فَتَرَاهُ مُصۡفَرًّا ثُمَّ يَجۡعَلُهُ حُطَامًا إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكۡرَي لِأُوۡلِي الۡأَلۡبَابِ (21)
Tidakkah engkau memerhatikan, bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu dialirkanNya menjadi mata air-mata air di bumi; kemudian Dia menumbuhkan dengan air itu tanaman-tanaman yang berbagai jenis dan warnanya; kemudian tanaman-tanaman itu bergerak segar (hingga ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatmu berupa kuning; kemudian Dia menjadikannya hancur bersepai? Sesungguhnya segala yang tersebut itu mengandungi peringatan yang menyedarkan orang-orang yang berakal sempurna.
أَفَمَن شَرَحَ اللَّهُ صَدۡرَهُ لِلۡإِسۡلَامِ فَهُوَ عَلَي نُورٍ مِّن رَّبِّهِ فَوَيۡلٌ لِّلۡقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكۡرِ اللَّهِ أُوۡلَئِكَ فِي ضَلَالٍ مُبِينٍ (22)
Jika demikian, adakah orang yang telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, lalu dia tetap berada dalam cahaya (hidayat petunjuk) dari Tuhannya, (sama seperti orang yang tertutup mata hatinya dengan selaput kederhakaan)? Maka kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya, adalah dalam kesesatan yang nyata.
اللَّهُ نَزَّلَ أَحۡسَنَ الۡحَدِيثِ كِتَابًا مُّتَشَابِهًا مَّثَانِيَ تَقۡشَعِرُّ مِنۡهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخۡشَوۡنَ رَبَّهُمۡ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمۡ وَقُلُوبُهُمۡ إِلَي ذِكۡرِ اللَّهِ ذَلِكَ هُدَي اللَّهِ يَهۡدِي بِهِ مَنۡ يَشَاء وَمَن يُضۡلِلۡ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنۡ هَادٍ (23)
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayat petunjuk Allah; Allah memberi hidayat petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
أَفَمَن يَتَّقِي بِوَجۡهِهِ سُوءَ الۡعَذَابِ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ وَقِيلَ لِلظَّالِمِينَ ذُوقُوا مَا كُنتُمۡ تَكۡسِبُونَ (24)
Maka adakah orang yang menahan dengan mukanya akan (selaran) azab yang buruk pada hari kiamat (sama seperti orang yang terselamat)? Dan (pada saat itu) dikatakan kepada orang-orang yang zalim itu: Rasalah (balasan) apa yang kamu usahakan dahulu.
كَذَّبَ الَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَأَتَاهُمۡ الۡعَذَابُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَشۡعُرُونَ (25)
(Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya.
فَأَذَاقَهُمُ اللَّهُ الۡخِزۡيَ فِي الۡحَيَاةِ الدُّنۡيَا وَلَعَذَابُ الۡآخِرَةِ أَكۡبَرُ لَوۡ كَانُوا يَعۡلَمُونَ (26)
Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana) dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul).
وَلَقَدۡ ضَرَبۡنَا لِلنَّاسِ فِي هَذَا الۡقُرۡآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ لَّعَلَّهُمۡ يَتَذَكَّرُونَ (27)
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.
قُرآنًا عَرَبِيًّا غَيۡرَ ذِي عِوَجٍ لَّعَلَّهُمۡ يَتَّقُونَ (28)
Iaitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertakwa.
ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا رَّجُلًا فِيهِ شُرَكَاء مُتَشَاكِسُونَ وَرَجُلًا سَلَمًا لِّرَجُلٍ هَلۡ يَسۡتَوِيَانِ مَثَلًا الۡحَمۡدُ لِلَّهِ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (29)
Allah memberikan satu misal perbandingan: Seorang hamba lelaki yang dimiliki oleh beberapa orang yang berkongsi yang bertentangan tabiat dan kemahuannya dan seorang hamba lelaki yang lain hanya dimilik oleh seorang sahaja; adakah kedua-dua hamba itu sama keadaannya (Tentulah tidak sama). Ucaplah: Alhamdulillah (sebagai bersyukur terhadap penjelasan soal tauhid itu) bahkan kebanyakan mereka (yang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid).
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ (30)
Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka juga akan mati.
ثُمَّ إِنَّكُمۡ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ عِندَ رَبِّكُمۡ تَخۡتَصِمُونَ (31)
Kemudian, sesungguhnya kamu semua, pada hari kiamat, akan bertengkar berhujah di hadapan Tuhan kamu.
فَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَذَبَ عَلَي اللَّهِ وَكَذَّبَ بِالصِّدۡقِ إِذۡ جَاءهُ أَلَيۡسَ فِي جَهَنَّمَ مَثۡوًي لِّلۡكَافِرِينَ (32)
(Apabila berlaku yang demikian), maka nyatalah bahawa tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara-perkara yang dusta terhadap Allah dan mendustakan kebenaran sebaik-baik sahaja kebenaran itu disampaikan kepadanya. Bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang kafir?
وَالَّذِي جَاء بِالصِّدۡقِ وَصَدَّقَ بِهِ أُوۡلَئِكَ هُمُ الۡمُتَّقُونَ (33)
Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta dia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertakwa.
لَهُم مَّا يَشَاءونَ عِندَ رَبِّهِمۡ ذَلِكَ جَزَاء الۡمُحۡسِنِينَ (34)
Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
لِيُكَفِّرَ اللَّهُ عَنۡهُمۡ أَسۡوَأَ الَّذِي عَمِلُوا وَيَجۡزِيَهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ الَّذِي كَانُوا يَعۡمَلُونَ (35)
(Limpah kurnia yang demikian, diberikan kepada orang-orang yang bertakwa) kerana Allah hendak menghapuskan dari mereka (kalaulah ada) seburuk-buruk amal perbuatan yang mereka telah lakukan, serta membalas mereka, akan pahala mereka, dengan balasan yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.
أَلَيۡسَ اللَّهُ بِكَافٍ عَبۡدَهُ وَيُخَوِّفُونَكَ بِالَّذِينَ مِن دُونِهِ وَمَن يُضۡلِلِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِنۡ هَادٍ (36)
Bukankah Allah cukup untuk mengawal dan melindungi hambaNya (yang bertakwa)? Dan mereka menakutkanmu (wahai Muhammad) dengan yang mereka sembah yang lain dari Allah dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya.
وَمَن يَهۡدِ اللَّهُ فَمَا لَهُ مِن مُّضِلٍّ أَلَيۡسَ اللَّهُ بِعَزِيزٍ ذِي انتِقَامٍ (37)
Dan sesiapa yang diberi hidayat petunjuk oleh Allah (dengan sebab pilihannya yang benar), maka tidak ada sesiapapun yang dapat menyesatkannya. Bukankah Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah)?
وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلۡ أَفَرَأَيۡتُم مَّا تَدۡعُونَ مِن دُونِ اللَّهِ إِنۡ أَرَادَنِيَ اللَّهُ بِضُرٍّ هَلۡ هُنَّ كَاشِفَاتُ ضُرِّهِ أَوۡ أَرَادَنِي بِرَحۡمَةٍ هَلۡ هُنَّ مُمۡسِكَاتُ رَحۡمَتِهِ قُلۡ حَسۡبِيَ اللَّهُ عَلَيۡهِ يَتَوَكَّلُ الۡمُتَوَكِّلُونَ (38)
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: Siapakah yang mencipta langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: Allah. Katakanlah (kepada mereka): Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? Jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayaNya itu atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu? Katakanlah lagi: Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri.
قُلۡ يَا قَوۡمِ اعۡمَلُوا عَلَي مَكَانَتِكُمۡ إِنِّي عَامِلٌ فَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ (39)
Katakanlah: Wahai kaumku (yang masih berdegil dalam kekufurannya)! Buatlah sedaya upaya kamu (untuk menentang agama Islam yang aku sampaikan itu), sesungguhnya aku juga tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh (untuk mengembangkannya); kemudian kamu akan mengetahui kelak.
مَن يَأۡتِيهِ عَذَابٌ يُخۡزِيهِ وَيَحِلُّ عَلَيۡهِ عَذَابٌ مُّقِيمٌ (40)
Siapakah yang akan didatangi azab yang menghinakannya, serta akan ditimpakan kepadanya azab seksa yang berkekalan.
إِنَّا أَنزَلۡنَا عَلَيۡكَ الۡكِتَابَ لِلنَّاسِ بِالۡحَقِّ فَمَنِ اهۡتَدَي فَلِنَفۡسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيۡهَا وَمَا أَنتَ عَلَيۡهِم بِوَكِيلٍ (41)
Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran yang menyatakan segala kebenaran (untuk menjadi panduan hidup) kepada umat manusia seluruhnya. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayat petunjuk (beramal menurutnya), maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang sesat (tidak berpandu kepadanya), maka bahaya kesesatannya itu tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan engkau (wahai Muhammad hanyalah penyampai) bukanlah menjadi wakil yang menguasai (keadaan dan bawaan) mereka.
اللَّهُ يَتَوَفَّي الۡأَنفُسَ حِينَ مَوۡتِهَا وَالَّتِي لَمۡ تَمُتۡ فِي مَنَامِهَا فَيُمۡسِكُ الَّتِي قَضَي عَلَيۡهَا الۡمَوۡتَ وَيُرۡسِلُ الۡأُخۡرَي إِلَي أَجَلٍ مُسَمًّي إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوۡمٍ يَتَفَكَّرُونَ (42)
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
أَمِ اتَّخَذُوا مِن دُونِ اللَّهِ شُفَعَاء قُلۡ أَوَلَوۡ كَانُوا لَا يَمۡلِكُونَ شَيۡئًا وَلَا يَعۡقِلُونَ (43)
Patutkah mereka (yang musyrik) mengambil yang lain dari Allah menjadi pemberi syafaat? Bertanyalah (kepada mereka): Dapatkah yang lain dari Allah memberi syafaat padahal semuanya tidak berkuasa sedikitpun dan tidak pula mengerti (sebarang apa pun)?
قُل لِّلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا لَّهُ مُلۡكُ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (44)
Katakanlah (wahai Muhammad): Syafaat itu semuanya hak kepunyaan Allah; Dialah Yang Menguasai segala urusan langit dan bumi; kemudian kamu akan dikembalikan kepadaNya (untuk menerima balasan).
وَإِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَحۡدَهُ اشۡمَأَزَّتۡ قُلُوبُ الَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِالۡآخِرَةِ وَإِذَا ذُكِرَ الَّذِينَ مِن دُونِهِ إِذَا هُمۡ يَسۡتَبۡشِرُونَ (45)
Dan (di antara keburukan orang-orang yang melakukan syirik): Apabila disebut nama Allah semata-mata (di dalam doa dan sebagainya), segan serta liarlah hati mereka yang tidak beriman kepada hari akhirat dan apabila disebut nama-nama yang mereka sembah dan puja yang lain dari Allah, mereka dengan serta-merta riang dan gembira.
قُلِ اللَّهُمَّ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ عَالِمَ الۡغَيۡبِ وَالشَّهَادَةِ أَنتَ تَحۡكُمُ بَيۡنَ عِبَادِكَ فِي مَا كَانُوا فِيهِ يَخۡتَلِفُونَ (46)
Ucapkanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, Engkaulah jua yang mengadili di antara hamba-hambaMu, mengenai apa yang mereka sentiasa berselisihan padanya.
وَلَوۡ أَنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا مَا فِي الۡأَرۡضِ جَمِيعًا وَمِثۡلَهُ مَعَهُ لَافۡتَدَوۡا بِهِ مِن سُوءِ الۡعَذَابِ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ وَبَدَا لَهُم مِّنَ اللَّهِ مَا لَمۡ يَكُونُوا يَحۡتَسِبُونَ (47)
Dan sekiranya orang-orang zalim itu mempunyai segala apa jua yang ada di bumi, disertai sebanyak itu lagi, tentulah mereka rela menebus diri mereka dengannya daripada azab seksa yang buruk pada hari kiamat, setelah jelas nyata kepada mereka dari (hukum) Allah, azab yang mereka tidak pernah fikirkan.
وَبَدَا لَهُمۡ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَحَاقَ بِهِم مَّا كَانُوا بِهِ يَسۡتَهۡزِئُون (48)
Dan sudah tentu akan nyata kepada mereka keburukan perkara-perkara yang mereka telah usahakan dan mereka akan diliputi oleh azab yang mereka telah ejek-ejek itu.
فَإِذَا مَسَّ الۡإِنسَانَ ضُرٌّ دَعَانَا ثُمَّ إِذَا خَوَّلۡنَاهُ نِعۡمَةً مِّنَّا قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَي عِلۡمٍ بَلۡ هِيَ فِتۡنَةٌ وَلَكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (49)
Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu).
قَدۡ قَالَهَا الَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ فَمَا أَغۡنَي عَنۡهُم مَّا كَانُوا يَكۡسِبُونَ (50)
Sebenarnya orang-orang yang terdahulu daripada mereka telah juga mengatakan yang demikian maka segala yang mereka usahakan itu tidak dapat menyelamatkan mereka (dari azab Allah).
فَأَصَابَهُمۡ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَالَّذِينَ ظَلَمُوا مِنۡ هَؤُلَاء سَيُصِيبُهُمۡ سَيِّئَاتُ مَا كَسَبُوا وَمَا هُم بِمُعۡجِزِينَ (51)
Lalu mereka ditimpa keburukan padah perbuatan-perbuatan jahat yang mereka lakukan dan orang-orang yang zalim di antara golongan (yang musyrik) ini akan ditimpa juga akibat buruk perbuatan-perbuatan buruk perbuatan jahat yang mereka lakukan dan mereka tidak akan dapat melepaskan diri.
أَوَلَمۡ يَعۡلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَبۡسُطُ الرِّزۡقَ لِمَن يَشَاء وَيَقۡدِرُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوۡمٍ يُؤۡمِنُونَ (52)
(Mengapa mereka mendakwa demikian), tidakkah mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Dia juga yang menyempitkannya? Sesungguhnya yang demikian mengandungi keterangan-keterangan yang jelas bagi orang-orang yang percayakan (ilmu dan kebijaksanaan Allah).
قُلۡ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسۡرَفُوا عَلَي أَنفُسِهِمۡ لَا تَقۡنَطُوا مِن رَّحۡمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغۡفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الۡغَفُورُ الرَّحِيمُ (53)
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَأَنِيبُوا إِلَي رَبِّكُمۡ وَأَسۡلِمُوا لَهُ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ الۡعَذَابُ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ (54)
Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.
وَاتَّبِعُوا أَحۡسَنَ مَا أُنزِلَ إِلَيۡكُم مِّن رَّبِّكُم مِّن قَبۡلِ أَن يَأۡتِيَكُمُ العَذَابُ بَغۡتَةً وَأَنتُمۡ لَا تَشۡعُرُونَ (55)
Dan turutlah Al-Quran sebaik-baik (panduan hidup) yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, sebelum kamu didatangi azab secara mengejut, sedang kamu tidak menyedarinya.
أَن تَقُولَ نَفۡسٌ يَا حَسۡرَتَي علَي مَا فَرَّطتُ فِي جَنبِ اللَّهِ وَإِن كُنتُ لَمِنَ السَّاخِرِينَ (56)
(Diperintahkan demikian) supaya jangan seseorang (menyesal dengan) berkata: Sungguh besar sesal dan kecewaku kerana aku telah mencuaikan kewajipan-kewajipanku terhadap Allah serta aku telah menjadi dari orang-orang yang sungguh memperolok-olokkan (agama Allah dan penganut-penganutnya)!
أَوۡ تَقُولَ لَوۡ أَنَّ اللَّهَ هَدَانِي لَكُنتُ مِنَ الۡمُتَّقِينَ (57)
Atau berkata: Kalaulah Allah memberi hidayat petunjuk kepadaku, tentulah aku telah menjadi dari orang-orang yang bertakwa!
أَوۡ تَقُولَ حِينَ تَرَي الۡعَذَابَ لَوۡ أَنَّ لِي كَرَّةً فَأَكُونَ مِنَ الۡمُحۡسِنِينَ (58)
Atau berkata semasa dia melihat azab: Kalaulah aku dapat kembali ke dunia, nescaya menjadilah aku dari orang-orang yang mengerjakan kebaikan!
بَلَي قَدۡ جَاءتۡكَ آيَاتِي فَكَذَّبۡتَ بِهَا وَاسۡتَكۡبَرۡتَ وَكُنتَ مِنَ الۡكَافِرِينَ (59)
(Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!
وَيَوۡمَ الۡقِيَامَةِ تَرَي الَّذِينَ كَذَبُوا۟ عَلَي اللَّهِ وُجُوهُهُم مُّسۡوَدَّةٌ أَلَيۡسَ فِي جَهَنَّمَ مَثۡوًي لِّلۡمُتَكَبِّرِينَ (60)
Dan pada hari kiamat, engkau akan melihat orang-orang yang berdusta terhadap Allah (dan yang menyatakan kesedihan itu) muka mereka hitam legam; bukankah (telah diketahui bahawa) dalam Neraka Jahanam disediakan tempat tinggal bagi orang-orang yang sombong takbur?
وَيُنَجِّي اللَّهُ الَّذِينَ اتَّقَوا بِمَفَازَتِهِمۡ لَا يَمَسُّهُمُ السُّوءُ وَلَا هُمۡ يَحۡزَنُونَ (61)
Dan (sebaliknya) Allah akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa (yang menjauhkan diri dari perbuatan syirik dan maksiat) dengan mereka mendapat kemenangan besar (keredaan Allah) mereka tidak akan disentuh sesuatu yang buruk dan tidak akan berdukacita.
اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيۡءٍ وَهُوَ عَلَي كُلِّ شَيۡءٍ وَكِيلٌ (62)
Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya.
لَهُ مَقَالِيدُ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ اللَّهِ أُوۡلَئِكَ هُمُ الۡخَاسِرُونَ (63)
Dia sahajalah yang menguasai urusan dan perbendaharaan langit dan bumi; (orang-orang yang percayakan yang demikian beruntunglah) dan orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah yang jelas nyata itu, mereka itulah orang-orang yang paling rugi.
قُلۡ أَفَغَيۡرَ اللَّهِ تَأۡمُرُونِّي أَعۡبُدُ أَيُّهَا الۡجَاهِلُونَ (64)
Katakanlah (wahai Muhammad, kepada orang-orang musyrik itu: Sesudah jelas dalil-dalil keesaan Allah yang demikian), patutkah kamu menyuruhku menyembah atau memuja yang lain dari Allah, hai orang-orang yang jahil?
وَلَقَدۡ أُوحِيَ إِلَيۡكَ وَإِلَي الَّذِينَ مِنۡ قَبۡلِكَ لَئِنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الۡخَاسِرِينَ (65)
Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: Demi sesungguhnya! jika engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu yang lain dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi.
بَلِ اللَّهَ فَاعۡبُدۡ وَكُن مِّنۡ الشَّاكِرِينَ (66)
(Janganlah menyembah yang lain dari Allah) bahkan (apabila beribadat) maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata dan hendaklah engkau menjadi dari orang-orang yang bersyukur.
وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدۡرِهِ وَالۡأَرۡضُ جَمِيعًا قَبۡضَتُهُ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطۡوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبۡحَانَهُ وَتَعَالَي عَمَّا يُشۡرِكُونَ (67)
Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya pada hari kiamat dalam genggaman kuasaNya dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Dia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan.
وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الۡأَرۡضِ إِلَّا مَن شَاء اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخۡرَي فَإِذَا هُم قِيَامٌ يَنظُرُونَ (68)
Dan sudah tentu akan ditiup sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya); kemudian ditiup sangkakala sekali lagi, maka dengan serta-merta mereka bangun berdiri menunggu (kesudahan masing-masing)
وَأَشۡرَقَتِ الۡأَرۡضُ بِنُورِ رَبِّهَا وَوُضِعَ الۡكِتَابُ وَجِيءَ بِالنَّبِيِّينَ وَالشُّهَدَاء وَقُضِيَ بَيۡنَهُم بِالۡحَقِّ وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ (69)
Dan akan bersinar terang-benderanglah bumi (hari akhirat) dengan cahaya Tuhannya dan akan diberikan Kitab suratan amal (untuk dibicarakan) dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi dan akan dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.
وَوُفِّيَتۡ كُلُّ نَفۡسٍ مَّا عَمِلَتۡ وَهُوَ أَعۡلَمُ بِمَا يَفۡعَلُونَ (70)
Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang, balasan apa yang telah dikerjakannya dan Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka telah lakukan.
وَسِيقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَي جَهَنَّمَ زُمَرًا حَتَّي إِذَا جَاؤُوهَا فُتِحَتۡ أَبۡوَابُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٌ مِّنكُمۡ يَتۡلُونَ عَلَيۡكُمۡ آيَاتِ رَبِّكُمۡ وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَاء يَوۡمِكُمۡ هَذَا قَالُوا بَلَي وَلَكِنۡ حَقَّتۡ كَلِمَةُ الۡعَذَابِ عَلَي الۡكَافِرِينَ (71)
Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Neraka itu dibukakan pintu-pintunya dan berkatalah penjaga-penjaganya kepada mereka: Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat-ayat Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari kamu ini? Mereka menjawab: Ya, telah datang! Tetapi telah ditetapkan hukuman azab atas orang-orang yang kafir.
قِيلَ ادۡخُلُوا أَبۡوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا فَبِئۡسَ مَثۡوَي الۡمُتَكَبِّرِينَ (72)
(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang-orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam.
وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوۡا رَبَّهُمۡ إِلَي الۡجَنَّةِ زُمَرًا حَتَّي إِذَا جَاؤُوهَا وَفُتِحَتۡ أَبۡوَابُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَادۡخُلُوهَا خَالِدِينَ (73)
Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke Syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke Syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata: Salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam Syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya (mereka pun masuk).
وَقَالُوا الۡحَمۡدُ لِلَّهِ الَّذِي صَدَقَنَا وَعۡدَهُ وَأَوۡرَثَنَا الۡأَرۡضَ نَتَبَوَّأُ مِنَ الۡجَنَّةِ حَيۡثُ نَشَاء فَنِعۡمَ أَجۡرُ الۡعَامِلِينَ (74)
Serta mereka berkata: Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjiNya kepada kami dan yang menjadikan kami mewarisi bumi Syurga ini dengan sebebas-bebasnya, kami boleh mengambil tempat dari Syurga ini di mana sahaja kami sukai; maka pemberian yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang yang beramal.
وَتَرَي الۡمَلَائِكَةَ حَافِّينَ مِنۡ حَوۡلِ الۡعَرۡشِ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِرَبِّهِمۡ وَقُضِيَ بَيۡنَهُم بِالۡحَقِّ وَقِيلَ الۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ (75)
Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!
Al-Quran
Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas