Pergi ke kandungan

Al-Quran/Al-'Aadiyaat

Daripada Wikisumber
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة العاديات

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَالۡعَادِيَاتِ ضَبۡحًا (1)

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya.

فَالۡمُورِيَاتِ قَدۡحًا (2)

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya.

فَالۡمُغِيرَاتِ صُبۡحًا (3)

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu Subuh.

فَأَثَرۡنَ بِهِ نَقۡعًا (4)

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu.

فَوَسَطۡنَ بِهِ جَمۡعًا (5)

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh.

إِنَّ الۡإِنسَانَ لِرَبِّهِ لَكَنُودٌ (6)

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

وَإِنَّهُ عَلَي ذَلِكَ لَشَهِيدٌ (7)

Dan sesungguhnya dia (dengan bawaannya) menerangkan dengan jelas keadaan yang demikian.

وَإِنَّهُ لِحُبِّ الۡخَيۡرِ لَشَدِيدٌ (8)

Dan sesungguhnya dia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

أَفَلَا يَعۡلَمُ إِذَا بُعۡثِرَ مَا فِي الۡقُبُورِ (9)

(Patutkah dia bersikap demikian?) Tidakkah dia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

وَحُصِّلَ مَا فِي الصُّدُورِ (10)

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada

إِنَّ رَبَّهُم بِهِمۡ يَوۡمَئِذٍ لَّخَبِيرٌ (11)

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang (balasan yang diberikanNya kepada) mereka pada hari itu.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas