Al-Quran/Al-'Alaq
←Sebelum | Indeks | Berikut→ |
سورة العلق
بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِي خَلَقَ (1)
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰـنَ مِنۡ عَلَقٍ (2)
Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;
ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (3)
Bacalah dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah;
ٱلَّذِي عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (4)
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan;
عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰـنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ (5)
Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
كَلَّآ إِنَّ ٱلۡإِنسـٰـنَ لَيَطۡغَيٰٓ (6)
Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas (yang sepatutnya atau yang sewajibnya),
أَن رَّءَاهُ ٱسۡتَغۡنَيٰٓ (7)
Dengan sebab dia melihat dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.
إِنَّ إِلَيٰ رَبِّكَ ٱلرُّجۡعَيٰٓ (8)
(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmulah tempat kembali (untuk menerima balasan).
أَرَأَيۡتَ ٱلَّذِي يَنۡهَيٰ (9)
Adakah engkau nampak (baiknya) orang yang melarang (dan menghalang);
عَبۡداً إِذَا صَلَّيٰٓ (10)
Seorang hamba Allah apabila dia mengerjakan sembahyang?
أَرَأَيۡتَ إِن كَانَ عَلَي ٱلۡهُدَيٰٓ (11)
Adakah engkau nampak (buruknya) jika dia berada di atas jalan yang betul?
أَوۡ أَمَرَ بِٱلتَّقۡوَيٰٓ (12)
Atau dia menyuruh orang bertakwa (jangan melakukan syirik)?
أَرَأَيۡتَ إِن كَذَّبَ وَتَوَلَّيٰٓ (13)
Adakah engkau nampak (terlepasnya dari azab) jika dia mendustakan (apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad kepadanya) serta dia berpaling ingkar?
أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَيٰ (14)
Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?
كَلَّا لَِٕن لَّمۡ يَنتَهِ لَنَسۡفَعٜا بِٱلنَّاصِيَةِ (15)
Jangan sekali-kali berlaku derhaka! Demi sesungguhnya jika dia tidak berhenti (dari perbuatannya yang buruk itu), nescaya Kami akan menyentap ubun-ubunnya (dan menyeretnya ke dalam Neraka);
نَاصِيَةٛ كَــٰذِبَةٍ خَاطِئَةٛ (16)
Ubun-ubun (orang) yang berdusta, yang bersalah.
فَلۡيَدۡعُ نَادِيَهُۥ (17)
Kemudian biarlah dia memanggil kumpulannya (untuk menyelamatkannya);
سَنَدۡعُ ٱلزَّبَانِيَةَ (18)
Kami pula akan memanggil malaikat Zabaniyah (untuk menyeksanya).
كَلَّا لَا تُطِعۡهُ وَٱسۡجُدۡ وَٱقۡتَرِب۩ (19)
Ingatlah! Janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendaknya dan (sebaliknya) sujudlah dan dampingkanlah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal soleh)!
Al-Quran
Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas