Pergi ke kandungan

Al-Quran/Asy-Syu'araa'

Daripada Wikisumber
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة الشعراء

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

طسم (1)

Taa, Siin, Miim.

تِلۡكَ آيَاتُ الۡكِتَابِ الۡمُبِينِ (2)

Ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.

لَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفۡسَكَ أَلَّا يَكُونُوا مُؤۡمِنِينَ (3)

Jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.

إِن نَّشَأۡ نُنَزِّلۡ عَلَيۡهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتۡ أَعۡنَاقُهُمۡ لَهَا خَاضِعِينَ (4)

Kalau Kami mahu, tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang menjadikan mereka tunduk kepadanya.

وَمَا يَأۡتِيهِم مِّن ذِكۡرٍ مِّنَ الرَّحۡمَنِ مُحۡدَثٍ إِلَّا كَانُوا عَنۡهُ مُعۡرِضِينَ (5)

Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baru dari (Allah) Ar-Rahman, melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.

فَقَدۡ كَذَّبُوا فَسَيَأۡتِيهِمۡ أَنبَاء مَا كَانُوا بِهِ يَسۡتَهۡزِئُون (6)

Oleh kerana mereka telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.

أَوَلَمۡ يَرَوۡا إِلَي الۡأَرۡضِ كَمۡ أَنبَتۡنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوۡجٍ كَرِيمٍ (7)

Masihkah mereka berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (8)

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat pengurniaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (9)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

وَإِذۡ نَادَي رَبُّكَ مُوسَي أَنِ ائۡتِ الۡقَوۡمَ الظَّالِمِينَ (10)

Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim.

قَوۡمَ فِرۡعَوۡنَ أَلَا يَتَّقُونَ (11)

Iaitu kaum Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?

قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ (12)

Nabi Musa merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan mendustakan daku.

وَيَضِيقُ صَدۡرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرۡسِلۡ إِلَي هَارُونَ (13)

Dan akan sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu kepada Harun (supaya dia membantuku).

وَلَهُمۡ عَلَيَّ ذَنبٌ فَأَخَافُ أَن يَقۡتُلُونِ (14)

Dan lagi mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut mereka akan membunuhku.

قَالَ كَلَّا فَاذۡهَبَا بِآيَاتِنَا إِنَّا مَعَكُم مُّسۡتَمِعُونَ (15)

Allah berfirman: Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu mendengar.

فَأۡتِيَا فِرۡعَوۡنَ فَقُولَا إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الۡعَالَمِينَ (16)

Maka pergilah kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: Sesungguhnya kami adalah utusan Tuhan sekalian alam.

أَنۡ أَرۡسِلۡ مَعَنَا بَنِي إِسۡرَائِيلَ (17)

Menyuruhmu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami.

قَالَ أَلَمۡ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثۡتَ فِينَا مِنۡ عُمُرِكَ سِنِينَ (18)

Firaun menjawab: Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak yang baru lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa tahun dari umurmu?

وَفَعَلۡتَ فَعۡلَتَكَ الَّتِي فَعَلۡتَ وَأَنتَ مِنَ الۡكَافِرِينَ (19)

Dan (bukankah) engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan (dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?

قَالَ فَعَلۡتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ (20)

Nabi Musa berkata: Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari orang-orang yang belum mendapat petunjuk.

فَفَرَرۡتُ مِنكُمۡ لَمَّا خِفۡتُكُمۡفَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكۡمًا وَجَعَلَنِي مِنَ الۡمُرۡسَلِينَ (21)

Lalu aku melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku mengurniakan daku ilmu pengetahuan agama dan menjadikan daku seorang RasulNya.

وَتِلۡكَ نِعۡمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنۡ عَبَّدتَّ بَنِي إِسۡرَائِيلَ (22)

Dan budimu memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.

قَالَ فِرۡعَوۡنُ وَمَا رَبُّ الۡعَالَمِينَ (23)

Firaun berkata (dengan sombongnya): Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?

قَالَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضِ وَمَا بَيۡنَهُمَا إن كُنتُم مُّوقِنِينَ (24)

Nabi Musa menjawab. Dialah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil maka inilah jalannya.

قَالَ لِمَنۡ حَوۡلَهُ أَلَا تَسۡتَمِعُونَ (25)

Firaun berkata kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: Tidakkah kamu dengar (apa yang dikatakan olehnya)?

قَالَ رَبُّكُمۡ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الۡأَوَّلِينَ (26)

Nabi Musa menegaskan lagi: Dialah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu.

قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرۡسِلَ إِلَيۡكُمۡ لَمَجۡنُونٌ (27)

Firaun berkata (kepada orang-orangnya): Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini, sungguh gila?

قَالَ رَبُّ الۡمَشۡرِقِ وَالۡمَغۡرِبِ وَمَا بَيۡنَهُمَا إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ (28)

Nabi Musa (menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata: Dialah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah memahaminya.

قَالَ لَئِنِ اتَّخَذۡتَ إِلَهًا غَيۡرِي لَأَجۡعَلَنَّكَ مِنَ الۡمَسۡجُونِينَ (29)

Firaun berkata: Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku, sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang dipenjarakan.

قَالَ أَوَلَوۡ جِئۡتُكَ بِشَيۡءٍ مُّبِينٍ (30)

Nabi Musa menjawab: Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?

قَالَ فَأۡتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (31)

Firaun berkata: Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang benar.

فَأَلۡقَي عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعۡبَانٌ مُّبِينٌ (32)

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang jelas nyata.

وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيۡضَاء لِلنَّاظِرِينَ (33)

Dan dia mengeluarkan tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi orang-orang yang melihatnya.

قَالَ لِلۡمَلَإِ حَوۡلَهُ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ (34)

Firaun berkata kepada ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: Sesungguhnya orang ini (Musa) ialah seorang ahli sihir yang mahir.

يُرِيدُ أَن يُخۡرِجَكُم مِّنۡ أَرۡضِكُم بِسِحۡرِهِ فَمَاذَا تَأۡمُرُونَ (35)

Dia bertujuan hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu syorkan?

قَالُوا أَرۡجِهِ وَأَخَاهُ وَابۡعَثۡ فِي الۡمَدَائِنِ حَاشِرِينَ (36)

Mereka berkata: Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang mengumpulkan (ahli-ahli sihir),

يَأۡتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ عَلِيمٍ (37)

Supaya mereka membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir.

فَجُمِعَ السَّحَرَةُ لِمِيقَاتِ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ (38)

Lalu dikumpulkanlah ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang termaklum.

وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلۡ أَنتُم مُّجۡتَمِعُونَ (39)

Dan dikatakan kepada orang ramai: Berkumpulah kamu semuanya.

لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ إِن كَانُوا هُمُ الۡغَالِبِينَ (40)

Semoga kita (tetap) mengikut (agama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang menang.

فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالُوا لِفِرۡعَوۡنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجۡرًا إِن كُنَّا نَحۡنُ الۡغَالِبِينَ (41)

Maka ketika ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: Benarkah kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?

قَالَ نَعَمۡ وَإِنَّكُمۡ إِذًا لَّمِنَ الۡمُقَرَّبِينَ (42)

Firaun menjawab: Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku.

قَالَ لَهُم مُّوسَي أَلۡقُوا مَا أَنتُم مُّلۡقُونَ (43)

Nabi Musa berkata kepada mereka: Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan.

فَأَلۡقَوۡا حِبَالَهُمۡ وَعِصِيَّهُمۡ وَقَالُوا بِعِزَّةِ فِرۡعَوۡنَ إِنَّا لَنَحۡنُ الۡغَالِبُونَ (44)

Lalu mereka mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: Demi kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan menang.

فَأَلۡقَي مُوسَي عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلۡقَفُ مَا يَأۡفِكُونَ (45)

Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).

فَأُلۡقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (46)

Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: Sujud,

قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الۡعَالَمِينَ (47)

Sambil berkata: Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,

رَبِّ مُوسَي وَهَارُونَ (48)

Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun

قَالَ آمَنتُمۡ لَهُ قَبۡلَ أَنۡ آذَنَ لَكُمۡ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي عَلَّمَكُمُ السِّحۡرَ فَلَسَوۡفَ تَعۡلَمُونَ لَأُقَطِّعَنَّ أَيۡدِيَكُمۡ وَأَرۡجُلَكُم مِّنۡ خِلَافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمۡ أَجۡمَعِينَ (49)

Firaun berkata: Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dialah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya.

قَالُوا لَا ضَيۡرَ إِنَّا إِلَي رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ (50)

Mereka menjawab: (Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar), kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.

إِنَّا نَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَايَانَا أَن كُنَّا أَوَّلَ الۡمُؤۡمِنِينَ (51)

Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini).

وَأَوۡحَيۡنَا إِلَي مُوسَي أَنۡ أَسۡرِ بِعِبَادِي إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ (52)

(Allah s.w.t berfirman): Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Hendaklah engkau membawa hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar (oleh Firaun dan tenteranya).

فَأَرۡسَلَ فِرۡعَوۡنُ فِي الۡمَدَائِنِ حَاشِرِينَ (53)

(Setelah mengetahui keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),

إِنَّ هَؤُلَاء لَشِرۡذِمَةٌ قَلِيلُونَ (54)

(Sambil berkata kepada mereka): Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan kecil;

وَإِنَّهُمۡ لَنَا لَغَائِظُونَ (55)

Dan sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;

وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ (56)

Dan sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga.

فَأَخۡرَجۡنَاهُم مِّن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (57)

Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan kebun-kebun dan mata air,

وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ (58)

Dan juga khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.

كَذَلِكَ وَأَوۡرَثۡنَاهَا بَنِي إِسۡرَائِيلَ (59)

Demikianlah keadaannya dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani Israil sebagai pusaka.

فَأَتۡبَعُوهُم مُّشۡرِقِينَ (60)

Maka Firaun dan tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.

فَلَمَّا تَرَاءي الۡجَمۡعَانِ قَالَ أَصۡحَابُ مُوسَي إِنَّا لَمُدۡرَكُونَ (61)

Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan.

قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ (62)

Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku.

فَأَوۡحَيۡنَا إِلَي مُوسَي أَنِ اضۡرِب بِّعَصَاكَ الۡبَحۡرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرۡقٍ كَالطَّوۡدِ الۡعَظِيمِ (63)

Lalu Kami wahyukan kepada Nabi Musa: Pukullah laut itu dengan tongkatmu. (Setelah dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

وَأَزۡلَفۡنَا ثَمَّ الۡآخَرِينَ (64)

Dan Kami dekatkan golongan yang lain itu ke situ.

وَأَنجَيۡنَا مُوسَي وَمَن مَّعَهُ أَجۡمَعِينَ (65)

Dan Kami selamatkan Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا الۡآخَرِينَ (66)

Kemudian Kami tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (67)

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (68)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

وَاتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ إِبۡرَاهِيمَ (69)

Dan bacakanlah pula kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.

إِذۡ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوۡمِهِ مَا تَعۡبُدُونَ (70)

Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: Apa yang kamu sembah?

قَالُوا نَعۡبُدُ أَصۡنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ (71)

Mereka menjawab: Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami berkekalan menyembahnya.

قَالَ هَلۡ يَسۡمَعُونَكُمۡ إِذۡ تَدۡعُونَ (72)

Nabi Ibrahim bertanya: Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu menyerunya?

أَوۡ يَنفَعُونَكُمۡ أَوۡ يَضُرُّونَ (73)

Atau mereka dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu bahaya?

قَالُوا بَلۡ وَجَدۡنَا آبَاءنَا كَذَلِكَ يَفۡعَلُونَ (74)

Mereka menjawab: (Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat demikian

قَالَ أَفَرَأَيۡتُم مَّا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ (75)

Nabi Ibrahim berkata: Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang kamu sembah itu?

أَنتُمۡ وَآبَاؤُكُمُ الۡأَقۡدَمُونَ (76)

(Yang sekian lama disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?

فَإِنَّهُمۡ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الۡعَالَمِينَ (77)

(Aku bertanya demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهۡدِينِ (78)

Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku;

وَالَّذِي هُوَ يُطۡعِمُنِي وَيَسۡقِينِ (79)

Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan memberi minum,

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ (80)

Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku;

وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحۡيِينِ (81)

Dan (Dialah) yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan daku;

وَالَّذِي أَطۡمَعُ أَن يَغۡفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوۡمَ الدِّينِ (82)

Dan (Dialah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;

رَبِّ هَبۡ لِي حُكۡمًا وَأَلۡحِقۡنِي بِالصَّالِحِينَ (83)

Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan agama dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh;

وَاجۡعَل لِّي لِسَانَ صِدۡقٍ فِي الۡآخِرِينَ (84)

Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian;

وَاجۡعَلۡنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ (85)

Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naim;

وَاغۡفِرۡ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ (86)

Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya dia adalah dari orang-orang yang sesat;

وَلَا تُخۡزِنِي يَوۡمَ يُبۡعَثُونَ (87)

Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula.

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88)

Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun.

إِلَّا مَنۡ أَتَي اللَّهَ بِقَلۡبٍ سَلِيمٍ (89)

Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);

وَأُزۡلِفَتِ الۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ (90)

Dan (pada hari itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa

وَبُرِّزَتِ الۡجَحِيمُ لِلۡغَاوِينَ (91)

Dan diperlihatkan Neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat.

وَقِيلَ لَهُمۡ أَيۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡبُدُونَ (92)

Serta dikatakan kepada mereka: Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu.

مِن دُونِ اللَّهِ هَلۡ يَنصُرُونَكُمۡ أَوۡ يَنتَصِرُونَ (93)

Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri?

فَكُبۡكِبُوا فِيهَا هُمۡ وَالۡغَاوُونَ (94)

Lalu mereka dihumbankan ke dalam Neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, mereka dan orang-orang yang sesat bersama.

وَجُنُودُ إِبۡلِيسَ أَجۡمَعُونَ (95)

Termasuk juga bala tentera iblis semuanya.

قَالُوا وَهُمۡ فِيهَا يَخۡتَصِمُونَ (96)

Mereka berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam Neraka:

تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (97)

Demi Allah! Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas nyata,

إِذۡ نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الۡعَالَمِينَ (98)

Kerana kami menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam

وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الۡمُجۡرِمُونَ (99)

Dan tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.

فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ (100)

Dengan sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,

وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ (101)

Dan tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.

فَلَوۡ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الۡمُؤۡمِنِينَ (102)

Maka alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi dari orang-orang yang beriman.

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (103)

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (104)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha mengasihani.

كَذَّبَتۡ قَوۡمُ نُوحٍ الۡمُرۡسَلِينَ (105)

(Demikian juga) kaum Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ (106)

Ketika saudara mereka Nabi Nuh, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ (107)

Sesungguhnya aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (108)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

وَمَا أَسۡأَلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَي رَبِّ الۡعَالَمِينَ (109)

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (110)

Maka dengan yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

قَالُوا أَنُؤۡمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الۡأَرۡذَلُونَ (111)

Mereka menjawab: Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?

قَالَ وَمَا عِلۡمِي بِمَا كَانُوا يَعۡمَلُونَ (112)

Nabi Nuh berkata: Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

إِنۡ حِسَابُهُمۡ إِلَّا عَلَي رَبِّي لَوۡ تَشۡعُرُونَ (113)

Sebenarnya hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan memahaminya (kamu tidak berkata demikian).

وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الۡمُؤۡمِنِينَ (114)

Dan aku tidak akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).

إِنۡ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ (115)

Aku ini hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua iaitu tidak kira hina mulia).

قَالُوا لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الۡمَرۡجُومِينَ (116)

Mereka (mengugut dengan) berkata: Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan agamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang direjam!

قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوۡمِي كَذَّبُونِ (117)

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan daku.

فَافۡتَحۡ بَيۡنِي وَبَيۡنَهُمۡ فَتۡحًا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِي مِنَ الۡمُؤۡمِنِينَ (118)

Oleh itu, hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang yang beriman yang bersama-sama denganku

فَأَنجَيۡنَاهُ وَمَن مَّعَهُ فِي الۡفُلۡكِ الۡمَشۡحُونِ (119)

Maka Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat (dengan berbagai makhluk).

ثُمَّ أَغۡرَقۡنَا بَعۡدُ الۡبَاقِينَ (120)

Kemudian daripada itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam bahtera).

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (121)

Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (122)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

كَذَّبَتۡ عَادٌ الۡمُرۡسَلِينَ (123)

(Demikian juga) kaum Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ (124)

Ketika saudara mereka Nabi Hud, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ (125)

Sesungguhnya aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (126)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

وَمَا أَسۡأَلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَي رَبِّ الۡعَالَمِينَ (127)

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

أَتَبۡنُونَ بِكُلِّ رِيعٍ آيَةً تَعۡبَثُونَ (128)

Patutkah kamu mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam, padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.

وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمۡ تَخۡلُدُونَ (129)

Dan kamu pula bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?

وَإِذَا بَطَشۡتُم بَطَشۡتُمۡ جَبَّارِينَ (130)

Dan apabila kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (131)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُم بِمَا تَعۡلَمُونَ (132)

Dan berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.

أَمَدَّكُم بِأَنۡعَامٍ وَبَنِينَ (133)

Diberinya kamu binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),

وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (134)

Dan taman-taman (yang indah permai) serta mata air-mata air (yang mengalir).

إِنِّي أَخَافُ عَلَيۡكُمۡ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ (135)

Sesungguhnya aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar (huru-haranya).

قَالُوا سَوَاء عَلَيۡنَا أَوَعَظۡتَ أَمۡ لَمۡ تَكُن مِّنَ الۡوَاعِظِينَ (136)

Mereka menjawab: Sama sahaja bagi kami, samada engkau beri nasihat pengajaran, atau engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.

إِنۡ هَذَا إِلَّا خُلُقُ الۡأَوَّلِينَ (137)

Segala apa (yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,

وَمَا نَحۡنُ بِمُعَذَّبِينَ (138)

Dan kami pula tidak akan diseksa.

فَكَذَّبُوهُ فَأَهۡلَكۡنَاهُمۡ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (139)

Akhirnya mereka mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (140)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

كَذَّبَتۡ ثَمُودُ الۡمُرۡسَلِينَ (141)

(Demikian juga) kaum Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ (142)

Ketika saudara mereka Nabi Soleh, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ (143)

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (144)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

وَمَا أَسۡأَلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَي رَبِّ الۡعَالَمِينَ (145)

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

أَتُتۡرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ (146)

Adakah (kamu fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam nikmat-nikmat yang ada di dunia ini?

فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (147)

Di dalam taman-taman (yang indah permai) dan mata air-mata air (yang mengalir),

وَزُرُوعٍ وَنَخۡلٍ طَلۡعُهَا هَضِيمٌ (148)

Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut?

وَتَنۡحِتُونَ مِنَ الۡجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ (149)

Dan kamu memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal dengan bijak dan bersungguh-sungguh?

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (150)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku;

وَلَا تُطِيعُوا أَمۡرَ الۡمُسۡرِفِينَ (151)

Dan janganlah kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas.

الَّذِينَ يُفۡسِدُونَ فِي الۡأَرۡضِ وَلَا يُصۡلِحُونَ (152)

Iaitu orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan.

قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الۡمُسَحَّرِينَ (153)

Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir!

مَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (154)

Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar.

قَالَ هَذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا شِرۡبٌ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٍ مَّعۡلُومٍ (155)

Nabi Soleh berkata: Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu.

وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٍ (156)

Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya).

فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُوا نَادِمِينَ (157)

Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana).

فَأَخَذَهُمُ الۡعَذَابُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (158)

Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (159)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

كَذَّبَتۡ قَوۡمُ لُوطٍ الۡمُرۡسَلِينَ (160)

(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ أَخُوهُمۡ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ (161)

Ketika saudara mereka Nabi Lut, berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ (162)

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (163)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.

وَمَا أَسۡأَلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَي رَبِّ الۡعَالَمِينَ (164)

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

أَتَأۡتُونَ الذُّكۡرَانَ مِنَ الۡعَالَمِينَ (165)

Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,

وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمۡ رَبُّكُمۡ مِنۡ أَزۡوَاجِكُم بَلۡ أَنتُمۡ قَوۡمٌ عَادُونَ (166)

Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!

قَالُوا لَئِن لَّمۡ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الۡمُخۡرَجِينَ (167)

Mereka menjawab: Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!

قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ الۡقَالِينَ (168)

Nabi Lut berkata: Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu.

رَبِّ نَجِّنِي وَأَهۡلِي مِمَّا يَعۡمَلُونَ (169)

(Nabi Lut berdoa): Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu.

فَنَجَّيۡنَاهُ وَأَهۡلَهُ أَجۡمَعِينَ (170)

Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya (semuanya);

إِلَّا عَجُوزًا فِي الۡغَابِرِينَ (171)

Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.

ثُمَّ دَمَّرۡنَا الۡآخَرِينَ (172)

Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).

وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهِم مَّطَرًا فَسَاء مَطَرُ الۡمُنذَرِينَ (173)

Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (174)

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (175)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

كَذَّبَ أَصۡحَابُ الۡأَيۡكَةِ الۡمُرۡسَلِينَ (176)

(Demikian juga) penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).

إِذۡ قَالَ لَهُمۡ شُعَيۡبٌ أَلَا تَتَّقُونَ (177)

Ketika Nabi Syuaib berkata kepada mereka: Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

إِنِّي لَكُمۡ رَسُولٌ أَمِينٌ (178)

Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.

فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ (179)

Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku

وَمَا أَسۡأَلُكُمۡ عَلَيۡهِ مِنۡ أَجۡرٍ إِنۡ أَجۡرِيَ إِلَّا عَلَي رَبِّ الۡعَالَمِينَ (180)

Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.

أَوۡفُوا الۡكَيۡلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الۡمُخۡسِرِينَ (181)

Hendaklah kamu menyempurnakan sukatan cupak-gantang dan janganlah kamu menjadi golongan yang merugikan orang lain.

وَزِنُوا بِالۡقِسۡطَاسِ الۡمُسۡتَقِيمِ (182)

Dan timbanglah dengan neraca yang betul timbangannya.

وَلَا تَبۡخَسُوا النَّاسَ أَشۡيَاءهُمۡ وَلَا تَعۡثَوۡا فِي الۡأَرۡضِ مُفۡسِدِينَ (183)

Dan janganlah kamu mengurangi hak-hak orang ramai dan janganlah kamu bermaharajalela melakukan kerosakan di bumi.

وَاتَّقُوا الَّذِي خَلَقَكُمۡ وَالۡجِبِلَّةَ الۡأَوَّلِينَ (184)

Dan (sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat yang telah lalu.

قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الۡمُسَحَّرِينَ (185)

Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan yang kena sihir.

وَمَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثۡلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ الۡكَاذِبِينَ (186)

Dan engkau hanyalah seorang manusia seperti kami dan sesungguhnya kami fikir engkau ini dari orang-orang yang dusta.

فَأَسۡقِطۡ عَلَيۡنَا كِسَفًا مِّنَ السَّمَاء إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ (187)

Oleh itu, gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul engkau dari orang-orang yang benar!

قَالَ رَبِّي أَعۡلَمُ بِمَا تَعۡمَلُونَ (188)

Nabi Syuaib berkata: Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan.

فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمۡ عَذَابُ يَوۡمِ الظُّلَّةِ إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ يَوۡمٍ عَظِيمٍ (189)

Maka mereka tetap juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung; sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar (huru-haranya).

إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ (190)

Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.

وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الۡعَزِيزُ الرَّحِيمُ (191)

Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الۡعَالَمِينَ (192)

Dan sesungguhnya Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam.

نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الۡأَمِينُ (193)

Ia dibawa turun oleh malaikat Jibril yang amanah.

عَلَي قَلۡبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الۡمُنذِرِينَ (194)

Ke dalam hatimu, supaya engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran (kepada umat manusia).

بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ (195)

(Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الۡأَوَّلِينَ (196)

Dan sesungguhnya Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab agama orang-orang yang telah lalu.

أَوَلَمۡ يَكُن لَّهُمۡ آيَةً أَن يَعۡلَمَهُ عُلَمَاء بَنِي إِسۡرَائِيلَ (197)

(Tidakkah mereka yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan kepada mereka bahawa pendeta-pendeta agama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran Al-Quran itu?

وَلَوۡ نَزَّلۡنَاهُ عَلَي بَعۡضِ الۡأَعۡجَمِينَ (198)

Dan sekiranya Kami turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu membaca Arab,

فَقَرَأَهُ عَلَيۡهِم مَّا كَانُوا بِهِ مُؤۡمِنِينَ (199)

Kemudian dia (dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu percayakan bacaan itu daripada Tuhan.

كَذَلِكَ سَلَكۡنَاهُ فِي قُلُوبِ الۡمُجۡرِمِينَ (200)

Demikianlah Kami masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan dosa tidak percayakan Al-Quran.

لَا يُؤۡمِنُونَ بِهِ حَتَّي يَرَوُا الۡعَذَابَ الۡأَلِيمَ (201)

Mereka tidak beriman kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,

فَيَأۡتِيَهُم بَغۡتَةً وَهُمۡ لَا يَشۡعُرُونَ (202)

Lalu azab itu datang menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.

فَيَقُولُوا هَلۡ نَحۡنُ مُنظَرُونَ (203)

Maka (pada saat itu) mereka akan berkata (dengan menyesal): Dapatkah kiranya kami diberi tempoh?

أَفَبِعَذَابِنَا يَسۡتَعۡجِلُونَ (204)

(Kalaulah demikian keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?

أَفَرَأَيۡتَ إِن مَّتَّعۡنَاهُمۡ سِنِينَ (205)

Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,

ثُمَّ جَاءهُم مَّا كَانُوا يُوعَدُونَ (206)

Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,

مَا أَغۡنَي عَنۡهُم مَّا كَانُوا يُمَتَّعُونَ (207)

(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan.

وَمَا أَهۡلَكۡنَا مِن قَرۡيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ (208)

Dan tiadalah Kami membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.

ذِكۡرَي وَمَا كُنَّا ظَالِمِينَ (209)

Memperingatkan mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.

وَمَا تَنَزَّلَتۡ بِهِ الشَّيَاطِينُ (210)

Dan Al-Quran itu pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.

وَمَا يَنبَغِي لَهُمۡ وَمَا يَسۡتَطِيعُونَ (211)

Dan tidak layak bagi Syaitan-syaitan itu berbuat demikian dan mereka juga tidak akan dapat melakukannya.

إِنَّهُمۡ عَنِ السَّمۡعِ لَمَعۡزُولُونَ (212)

Sesungguhnya mereka dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.

فَلَا تَدۡعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الۡمُعَذَّبِينَ (213)

Maka janganlah engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.

وَأَنذِرۡ عَشِيرَتَكَ الۡأَقۡرَبِينَ (214)

Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat

وَاخۡفِضۡ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الۡمُؤۡمِنِينَ (215)

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.

فَإِنۡ عَصَوۡكَ فَقُلۡ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تَعۡمَلُونَ (216)

Kemudian jika mereka berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu lakukan!

وَتَوَكَّلۡ عَلَي الۡعَزِيزِ الرَّحِيمِ (217)

Dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,

الَّذِي يَرَاكَ حِينَ تَقُومُ (218)

Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),

وَتَقَلُّبَكَ فِي السَّاجِدِينَ (219)

Dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.

إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الۡعَلِيمُ (220)

Sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

هَلۡ أُنَبِّئُكُمۡ عَلَي مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ (221)

Mahukah, Aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?

تَنَزَّلُ عَلَي كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ (222)

Mereka selalu turun kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,

يُلۡقُونَ السَّمۡعَ وَأَكۡثَرُهُمۡ كَاذِبُونَ (223)

Yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang kebanyakan beritanya adalah dusta.

وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الۡغَاوُونَ (224)

Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat tidak berketentuan hala.

أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ (225)

Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?

وَأَنَّهُمۡ يَقُولُونَ مَا لَا يَفۡعَلُونَ (226)

Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا وَانتَصَرُوا مِن بَعۡدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعۡلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ (227)

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu) dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas