Wikisumber:Penafian umum
Sila baca penafian umum ini dengan teliti. Untuk kesenangan, Wikisumber (atau projek ini, kami, dan lain-lain) merujuk kepada pengarang, penyumbang, penaja, atau sesiapa sahaja yang berhubung kait dengan laman sesawang Wikisumber (termasuklah Yayasan Wikimedia).
Penafian
[sunting]Ketepatan maklumat
[sunting]Wikisumber tidak akan membuat sebarang jaminan dari segi kesahihan atau ketepatan maklumat. Projek ini merupakan sebuah koleksi dalam talian bagi naskhah sumber berkandungan percuma, iaitu, keterkaitan yang dilakukan secara sukarela oleh individu-individu yang sentiasa membangun sumber umum bahan rujukan utama. Oleh itu, bahan yang terdapat di sini mungkin tidak diulas serta disemak oleh pakar-pakar yang berpengetahuan dalam bidang kepakaran tertentu yang diperlukan untuk memastikan ketepatan naskhah. Malahannya, kandungan kepada semua naskhah yang ada di Wikisumber ini dikekalkan sebagaimana ia ditulis asalnya; maka sebarang kesilapan yang dilakukan oleh pengarang asal akan sengaja dibiarkan begitu sahaja demi menjaga keutuhan karya.
Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna anda tidak akan menemui pelbagai teks yang berharga dan tepat di Wikisumber, cumanya kami tidak dapat menjamin (dalam apa cara sekalipun) kesahihan dokumen yang terdapat di sini. Kesahihan dokumen ini secara khususnya apabila berkaitan dengan kandungan naskhah perubatan atau undang-undang di Wikisumber yang mungkin tidak betul faktanya atau ketinggalan zaman. Kami mencadang untuk menghubungi pakar-pakar yang berkelayakan untuk pengesahan maklumat kandungan di Wikisumebr ini.
Liabiliti
[sunting]Tiada pengarang, penyumbang, penaja, atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan Wikisumber dalam apa cara sekalipun dapat bertanggungjawab terhadap kemunculan sebarang maklumat yang tidak tepat atau berbaur fitnah, mahupun penggunaan maklumat yang terkandung di dalam atau dipaut daripada laman web ini oleh anda.
Tiada ganti rugi boleh dituntut terhadap Wikisumber untuk segala ketidaktepatan atau ketidaksahihan yang disebut di atas, kerana Wikisumber ini merupakan hasil kerjasama secara sukarela oleh individu-individu yang membangun laman ini secara bebas untuk mencipta pelbagai sumber bermaklumat, berilmu dan berkebudayaan secara terbuka dan dalam talian. Selanjutnya, Wikisumber tidak bertanggungjawab sekiranya seseorang menukar, menyunting, mengubah suai, atau mengalih keluar sebarang maklumat yang anda mungkin siarkan di Wikisumber atau mana-mana projek yang berkaitan dengannya.
Perlesenan
[sunting]Anda boleh menggunakan kandungan di tapak sesawang ini di bawah syarat yang diterangkan oleh templat perlesenan dan terma umum yang diterangkan di Wikisumber:Dasar Hak Cipta. Kebanyakan karya yang ada di Wikisumber ini adalah berada dalam domain awam atau serasi dengan Lesen Dokumentasi Bebas GNU.
Anda bebas untuk menghasil semula kandungan yang ada di Wikisumber secara bebas dan percuma seperti yang kami lakukan. Tiada perjanjian, kontrak atau liabiliti yang terhasil antara diri anda dengan tapak Wikisumber ini (atau sesiapa sahaja yang berkaitan dengan tapak ini). Walaupun kami cuba memastikan maklumat hak cipta yang tepat disediakan, anda bertanggungjawab untuk mengesahkan status hak cipta mana-mana karya yang anda gunakan atau salin.
Perlanggaran undang-undang tempatan
[sunting]Sila ambil perhatian bahawa semua kandungan yang terdapat di sini mungkin melanggar undang-undang negara atau bidang kuasa tempat yang anda sedang melihat maklumat ini. Wikisumber tidak menggalakkan pelanggaran mana-mana undang-undang, tetapi disebabkan maklumat ini disimpan pada pelayan di Amerika Syarikat, ia diselenggara dengan rujukan terhadap perlindungan yang diberikan kepada semua orang di bawah Perlembagaan Amerika Syarikat Pindaan Pertama dan Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Undang-undang di negara anda mungkin tidak mengiktiraf perlindungan kebebasan bersuara seluas Amerika Syarikat atau prinsip di bawah Piagam PBB, atau mempunyai sekatan yang tidak diiktiraf dalam bidang kuasa tersebut, makanya Wikisumber tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kemungkinan pelanggaran undang-undang tersebut sekiranya anda membuat pautan ke domain ini atau menggunakan mana-mana maklumat yang terkandung di sini dalam apa jua cara sekalipun.