Pergi ke kandungan

Al-Quran/At-Tuur

Daripada Wikisumber
←Sebelum Indeks Berikut→

سورة الطور

بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

وَالطُّورِ (1)

Demi Gunung Tursina.

وَكِتَابٍ مَّسۡطُورٍ (2)

Dan demi Kitab yang tertulis dengan rapi.

فِي رَقٍّ مَّنشُورٍ (3)

Pada lembaran surat yang terbuka.

وَالۡبَيۡتِ الۡمَعۡمُورِ (4)

Dan demi "Al-Baitul Makmur".

وَالسَّقۡفِ الۡمَرۡفُوعِ (5)

Dan demi bumbung yang tinggi.

وَالۡبَحۡرِ الۡمَسۡجُورِ (6)

Dan demi laut yang penuh tepu (dengan kepanasan).

إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ (7)

Sesungguhnya azab Tuhanmu tetap berlaku.

مَا لَهُ مِن دَافِعٍ (8)

Tidak ada sesiapapun yang dapat menolaknya.

يَوۡمَ تَمُورُ السَّمَاء مَوۡرًا (9)

Pada hari langit (dan segala isinya) bergegar dengan sekuat-kuatnya.

وَتَسِيرُ الۡجِبَالُ سَيۡرًا (10)

Dan gunung-ganang bergerak dari tempatnya dengan cara yang luar biasa.

فَوَيۡلٌ يَوۡمَئِذٍ لِلۡمُكَذِّبِينَ (11)

(Apabila berlaku yang demikian), maka kecelakaan dan kebinasaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan kebenaran;

الَّذِينَ هُمۡ فِي خَوۡضٍ يَلۡعَبُونَ (12)

Iaitu orang-orang yang leka bermain-main dalam kesesatan.

يَوۡمَ يُدَعُّونَ إِلَي نَارِ جَهَنَّمَ دَعًّا (13)

Pada hari mereka ditolak ke dalam neraka Jahanam dengan penolakan yang sekasar-kasarnya,

هَذِهِ النَّارُ الَّتِي كُنتُم بِهَا تُكَذِّبُونَ (14)

(Dan dikatakan kepada mereka): "Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya.

أَفَسِحۡرٌ هَذَا أَمۡ أَنتُمۡ لَا تُبۡصِرُونَ (15)

"Maka adakah ini sihir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan Rasul Kami dahulu?), atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak di dunia dahulu akan kebenaran Rasul Kami)?

اصۡلَوۡهَا فَاصۡبِرُوا أَوۡ لَا تَصۡبِرُوا سَوَاء عَلَيۡكُمۡ إِنَّمَا تُجۡزَوۡنَ مَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (16)

"Rasalah bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak bersabar, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan".

إِنَّ الۡمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَنَعِيمٍ (17)

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, di tempatkan dalam taman-taman Syurga dan nikmat kesenangan (yang tidak ada taranya).

فَاكِهِينَ بِمَا آتَاهُمۡ رَبُّهُمۡ وَوَقَاهُمۡ رَبُّهُمۡ عَذَابَ الۡجَحِيمِ (18)

Mereka bersenang lenang dengan apa yang dikurniakan oleh Tuhan mereka dan mereka dipelihara Tuhan dari azab neraka.

كُلُوا وَاشۡرَبُوا هَنِيئًا بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (19)

(Dan dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah kamu makanan dan minuman yang lazat serta baik kesudahannya, dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".

مُتَّكِئِينَ عَلَي سُرُرٍ مَّصۡفُوفَةٍ وَزَوَّجۡنَاهُم بِحُورٍ عِينٍ (20)

Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتۡهُمۡ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلۡحَقۡنَا بِهِمۡ ذُرِّيَّتَهُمۡ وَمَا أَلَتۡنَاهُم مِّنۡ عَمَلِهِم مِّن شَيۡءٍ كُلُّ امۡرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ (21)

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.

وَأَمۡدَدۡنَاهُم بِفَاكِهَةٍ وَلَحۡمٍ مِّمَّا يَشۡتَهُونَ (22)

Dan (penduduk Syurga itu) Kami tambahi mereka (dari semasa ke semasa), dengan buah-buahan dan daging dari berbagai jenis yang mereka ingini

يَتَنَازَعُونَ فِيهَا كَأۡسًا لَّا لَغۡوٌ فِيهَا وَلَا تَأۡثِيمٌ (23)

Mereka di dalam Syurga itu (kerana melahirkan kemesraan antara satu dengan yang lain) berebut-rebut mengambil piala yang berisi arak yang tidak menyebabkan timbul (dari peminumnya) perkara yang sia-sia dan tidak pula menyebabkan (peminumnya menanggung) dosa.

وَيَطُوفُ عَلَيۡهِمۡ غِلۡمَانٌ لَّهُمۡ كَأَنَّهُمۡ لُؤۡلُؤٌ مَّكۡنُونٌ (24)

Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang sentiasa beredar di sekitar mereka, (yang cantik parasnya) seolah-olah anak-anak muda itu mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

وَأَقۡبَلَ بَعۡضُهُمۡ عَلَي بَعۡضٍ يَتَسَاءلُونَ (25)

Dan (dengan berada dalam nikmat itu) mereka berhadap-hadapan satu sama lain sambil bertanya-tanya.

قَالُوا إِنَّا كُنَّا قَبۡلُ فِي أَهۡلِنَا مُشۡفِقِينَ (26)

Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, semasa berada dalam kalangan keluarga kami, selalu merasa cemas takut (daripada berlaku derhaka kepada Allah),

فَمَنَّ اللَّهُ عَلَيۡنَا وَوَقَانَا عَذَابَ السَّمُومِ (27)

"Maka Allah mengurniakan kami (rahmat dan taufikNya), serta memelihara kami dari azab neraka.

إِنَّا كُنَّا مِن قَبۡلُ نَدۡعُوهُ إِنَّهُ هُوَ الۡبَرُّ الرَّحِيمُ (28)

"Sesungguhnya kami dahulu tetap menyembahNya (dan memohon pertolonganNya). Kerana sesungguhnya Dia lah sahaja yang sentiasa melimpahkan ihsanNya, lagi Yang Maha Mengasihani".

فَذَكِّرۡ فَمَا أَنتَ بِنِعۡمَتِ رَبِّكَ بِكَاهِنٍ وَلَا مَجۡنُونٍ (29)

Maka hendaklah engkau (wahai Muhammad) tetap tekun memberi peringatan (dengan ajaran-ajaran Al-Quran yang diturunkan kepadamu, dan janganlah dihiraukan golongan yang ingkar), kerana engkau dengan nikmat Tuhanmu (yang dilimpahkanNya kepadamu itu) bukanlah seorang pawang dan bukan pula seorang gila.

أَمۡ يَقُولُونَ شَاعِرٌ نَّتَرَبَّصُ بِهِ رَيۡبَ الۡمَنُونِ (30)

(Mereka menuduh Nabi Muhammad dengan yang bukan-bukan), bahkan mereka mengatakan: "(Muhammad) itu seorang penyair yang kami tunggu-tunggu saat kebinasaannya".

قُلۡ تَرَبَّصُوا فَإِنِّي مَعَكُم مِّنَ الۡمُتَرَبِّصِينَ (31)

Katakanlah (wahai Muhammad): "Tunggulah kamu (akan apa yang kamu tuduh itu), maka sesungguhnya aku juga dari orang-orang yang menunggu bersama-sama kamu (akan apa yang dijanjikan oleh Allah Taala)".

أَمۡ تَأۡمُرُهُمۡ أَحۡلَامُهُم بِهَذَا أَمۡ هُمۡ قَوۡمٌ طَاغُونَ (32)

Adakah mereka disuruh oleh akal fikiran mereka melemparkan tuduhan-tuduhan yang sedemikian itu, atau sememangnya mereka suatu kaum yang melampaui batas (dalam keingkaran dan kedegilannya)?

أَمۡ يَقُولُونَ تَقَوَّلَهُ بَل لَّا يُؤۡمِنُونَ (33)

(Bukan sahaja mereka ingkar dan degil) bahkan mereka berkata: "Dia (Muhammad) telah mereka-reka Al-Quran itu". (Tuduhan mereka yang demikian tidak berasas) bahkan mereka sengaja tidak mahu beriman!

فَلۡيَأۡتُوا بِحَدِيثٍ مِّثۡلِهِ إِن كَانُوا صَادِقِينَ (34)

(Kalau tidak) maka hendaklah mereka membuat dan mendatangkan kata-kata (yang fasih dan indah) seperti Al-Quran itu, jika betul mereka orang-orang yang benar dakwaannya.

أَمۡ خُلِقُوا مِنۡ غَيۡرِ شَيۡءٍ أَمۡ هُمُ الۡخَالِقُونَ (35)

(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri?

أَمۡ خَلَقُوا السَّمَاوَاتِ وَالۡأَرۡضَ بَل لَّا يُوقِنُونَ (36)

Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (Sudah tentu tidak!) Bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya).

أَمۡ عِندَهُمۡ خَزَائِنُ رَبِّكَ أَمۡ هُمُ الۡمُصَيۡطِرُونَ (37)

Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?

أَمۡ لَهُمۡ سُلَّمٌ يَسۡتَمِعُونَ فِيهِ فَلۡيَأۡتِ مُسۡتَمِعُهُم بِسُلۡطَانٍ مُّبِينٍ (38)

Adakah mereka mempunyai tangga (untuk naik ke langit), yang dengannya mereka dapat mendengar (apa yang diperintahkan dan ditetapkan oleh Allah? Jika ada) maka biarlah orang mereka yang mendengar itu membawa sesuatu bukti yang menyatakan kebenarannya.

أَمۡ لَهُ الۡبَنَاتُ وَلَكُمُ الۡبَنُونَ (39)

Adilkah (kamu sediakan) bagi Allah, anak-anak perempuan (yang kamu benci) dan untuk kamu, anak-anak lelaki (yang kamu sukai)?

أَمۡ تَسۡأَلُهُمۡ أَجۡرًا فَهُم مِّن مَّغۡرَمٍ مُّثۡقَلُونَ (40)

Pernahkah engkau (wahai Muhammad) meminta sebarang bayaran kepada mereka (mengenai ajaran Islam yang engkau sampaikan), lalu mereka merasa berat menanggung bayaran itu (sehingga menjauhkan diri daripada menyahut seruanmu)?

أَمۡ عِندَهُمُ الۡغَيۡبُ فَهُمۡ يَكۡتُبُونَ (41)

Adakah pada sisi mereka (Lauh Mahfuz yang mengandungi) perkara-perkara yang ghaib, lalu mereka menyalin (daripadanya untuk menentang ajaran dan peringatanmu)?

أَمۡ يُرِيدُونَ كَيۡدًا فَالَّذِينَ كَفَرُوا هُمُ الۡمَكِيدُونَ (42)

(Mereka tidak cukup dengan kata-kata dan tuduhan-tuduhan yang buruk sahaja) bahkan mereka hendak melakukan rancangan jahat (terhadapmu wahai Muhammad; tetapi mereka tidak akan berjaya) kerana orang-orang yang kafir itulah yang akan ditimpa balasan rancangan jahatnya.

أَمۡ لَهُمۡ إِلَهٌ غَيۡرُ اللَّهِ سُبۡحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشۡرِكُونَ (43)

(Apabila datangnya balasan rancangan jahat itu maka) adakah bagi mereka Tuhan (yang dapat menyelamatkan mereka) selain dari Allah? Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan itu.

وَإِن يَرَوۡا كِسۡفًا مِّنَ السَّمَاء سَاقِطًا يَقُولُوا سَحَابٌ مَّرۡكُومٌ (44)

Dan kiranya mereka melihat sepotong besar dari langit gugur (untuk menimpa mereka), mereka akan berkata: "(Itu adalah) awan yang bertompok, berlapis-lapis!"

فَذَرۡهُمۡ حَتَّي يُلَاقُوا يَوۡمَهُمُ الَّذِي فِيهِ يُصۡعَقُونَ (45)

(Kalau keingkaran dan kedegilan mereka sampai begitu sekali) maka biarkanlah mereka (wahai Muhammad dan janganlah dihiraukan) sehingga mereka menemui hari yang padanya mereka akan binasa.

يَوۡمَ لَا يُغۡنِي عَنۡهُمۡ كَيۡدُهُمۡ شَيۡئًا وَلَا هُمۡ يُنصَرُونَ (46)

(Iaitu) hari segala rancangan jahat dan tipu daya mereka tidak dapat mendatangkan sebarang faedah kepada mereka, dan mereka pula tidak diberikan pertolongan.

وَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا عَذَابًا دُونَ ذَلِكَ وَلَكِنَّ أَكۡثَرَهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ (47)

Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa selain dari azab yang tersebut, akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

وَاصۡبِرۡ لِحُكۡمِ رَبِّكَ فَإِنَّكَ بِأَعۡيُنِنَا وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ حِينَ تَقُومُ (48)

Dan (dengan yang demikian) bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka) kerana sesungguhnya engkau tetap terselamat dalam pemeliharaan serta pengawasan Kami; dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu semasa engkau bangun.

وَمِنَ اللَّيۡلِ فَسَبِّحۡهُ وَإِدۡبَارَ النُّجُومِ (49)

Dan juga hendaklah engkau bertasbih kepadaNya pada waktu malam, dan ketika bintang-bintang tenggelam (pada waktu Subuh).

Al-Quran


Al-Faatihah · Al-Baqarah · A-li 'Imraan · An-Nisaa' · Al-Maaidah · Al-An'aam · Al-A'raaf · Al-Anfaal · At-Taubah · Yunus · Hud · Yusuf · Ar-Ra'd · Ibrahim · Al-Hijr · Al-Nahl · Al-Israa' · Al-Kahfi · Maryam · Taha · Al-Anbiyaa' · Al-Hajj · Al-Mu'minuun · An-Nuur · Al-Furqaan · Asy-Syu'araa' · An-Naml · Al-Qasas · Al-'Ankabuut · Ar-Ruum · Luqman · As-Sajdah · Al-Ahzaab · Saba' · Faatir · Yaa Siin · As-Saaffaat · Saad · Az-Zumar · Ghaafir · Fussilat · Asy-Syuura · Az-Zukhruf · Ad-Dukhaan · Al-Jaathiyah · Al-Ahqaaf · Muhammad · Al-Fat-h · Al-Hujuraat · Qaaf · Adz-Dzaariyaat · At-Tuur · An-Najm · Al-Qamar · Ar-Rahmaan · Al-Waaqi'ah · Al-Hadiid · Al-Mujaadalah · Al-Hasy-r · Al-Mumtahanah · As-Saff · Al-Jumu'ah · Al-Munaafiquun · At-Taghaabun · At-Talaaq · At-Tahriim · Al-Mulk · Al-Qalam · Al-Haaqqah · Al-Ma'aarij · Nuh · Al-Jinn · Al-Muzzammil · Al-Muddaththir · Al-Qiaamah · Al-Insaan · Al-Mursalaat · An-Naba' · An-Naazi'aat · Abasa · At-Takwiir · Al-Infitaar · Al-Mutaffifiin · Al-Insyiqaaq · Al-Buruuj · At-Taariq · Al-A'laa · Al-Ghaasyiyah · Al-Fajr · Al-Balad · Asy-Syams · Al-Lail · Adh-Dhuha · Ash-Syar-h · At-Tiin · Al-'Alaq · Al-Qadr · Al-Bayyinah · Az-Zalzalah · Al-'Aadiyaat · Al-Qaari'ah · At-Takaathur · Al-'Asr · Al-Humazah · Al-Fiil · Quraisy · Al-Maa'uun · Al-Kauthar · Al-Kaafiruun · An-Nasr · Al-Masad · Al-Ikhlaas · Al-Falaq · An-Naas