Wikisumber:Kedai Kopi
Cadangan menambah satu gajet baharu di Wikisumber
[sunting]Perbincangan berikutnya telah ditutup dan akan diarkibkan pada masa terdekat:
Gajet ini telah dipasang, rujuk Khas:Keutamaan#mw-prefsection-gadgets bawah bahagian "Gajet penyuntingan untuk ruang nama Laman:" dengan gajet bernama "Penyesuai Penyunting Proofreadpage".
Salam sejahtera,
Saya ingin mencadang untuk menambah satu gajet baharu secara rasmi ke ruang nama MediaWiki, daripada Pengguna:Hakimi97/proofreadpage-font-adjustment.js. Gajet ini ada beberapa fungsi, antaranya seperti:
- Menukar semua tulisan dalam kotak penyuntingan kepada tulisan Segoe UI
- Memberi pilihan kepada pengguna untuk mengubah saiz fon, ketinggian imej (hanya untuk versi "vertical" dengan imej di atas alat sunting), serta ketinggian kotak penyuntingan.
Anda semua boleh cuba menggunakan gajet ini dengan menambah kod berikut pada Khas:Laman saya/common.js
mw.loader.load('//ms.wikisource.org/w/index.php?title=User:Hakimi97/proofreadpage-font-adjustment.js&action=raw&ctype=text/javascript'); // Backlink: [[Pengguna:Hakimi97/proofreadpage-font-adjustment.js]]
Sekiranya ada sebarang cadangan lain untuk menambah baik kotak sila berikan candangan. Saya akan mempertimbangkan kesemua cadangan untuk menambah baik gajet ini. Sekiranya tiada cadangan silalah berikan undian dengan taip {{undi|Y}} apabila menekan butang "Balas" selepas tandatangan saya. Hakimi97 (bincang) 09:13, 1 November 2025 (+08)
Setuju Lim Natee (bincang) 15:17, 3 November 2025 (+08)
Setuju Hakimi97 (bincang) 11:50, 12 Disember 2025 (+08)
Setuju Hadithfajri (bincang) 12:31, 1 Januari 2026 (+08)- Berdasarkan keputusan undian sedia ada, maka kita akan pasang gajet ini di Wikisumber. Nanti saya akan kemas kini balik berkenaan kemajuan pemasangan gajet ini. Hakimi97 (bincang) 14:38, 1 Januari 2026 (+08)
Cadangan menambah satu lagi gajet baharu di Wikisumber
[sunting]Perbincangan berikutnya telah ditutup dan akan diarkibkan pada masa terdekat:
Gajet ini telah dipasang, rujuk Khas:Keutamaan#mw-prefsection-gadgets bawah bahagian "Gajet penyuntingan untuk ruang nama Laman:" dengan gajet bernama "OCR".
Salam sejahtera,
Berdasarkan cadangan pengguna @Neyakkoo (rujuk Perbincangan pengguna:PeaceSeekers#Improving Malay Wikisource OCR Tools), terdapat cadangan untuk menambah satu lagi gajet baharu yakni ta:MediaWiki:Gadget-ocr.js dan ta:MediaWiki:Gadget-ocr.js. Gajet ini dikatakan akan menambahkan butang OCR yang membolehkan proses transkripsi karya melalui Tesseract menjadi lebih laju berbanding peralatan OCR sedia ada. Sekiranya anda semua bersetuju boleh taip
Setuju apabila menekan butang "Balas" selepas tandatangan saya, ataupun kongsikan pandangan anda berkenaan hal ini sekiranya ada idea lain. Hakimi97 (bincang) 14:55, 15 November 2025 (+08)
- Belum dicuba belum tahu. Cuba terapkan agak sebentar boleh kita lihat bagaimana kerjanya gajet itu. Hadithfajri (bincang) 12:34, 1 Januari 2026 (+08)
- Boleh, saya akan pasang terus lah, kalau rasa ada sesuatu yang tak betul nanti kita boleh nyahpasang balik kemudian hari. Hakimi97 (bincang) 14:39, 1 Januari 2026 (+08)