Pergi ke kandungan

Wikisumber:Kedai Kopi/Bantuan

Daripada Wikisumber

Jalan pintas:
WS:S/H
WS:H
WS:RFA

Kedai Kopi merupakan laman perbincangan komuniti Wikisumber. Sublaman ini adalah khusus untuk permintaan bantuan daripada penyunting Wikisumber yang lebih berpengalaman. Jangan ragu-ragu untuk bertanya soalan atau meninggalkan komen. Anda boleh menyertai sebarang perbincangan semasa atau perbincangan yang baharu. Ahli projek selalunya boleh ditemui dalam saluran IRC #wikisource (pelanggan web tersedia).

Pernahkah anda melihat laman bantuan dan soalan lazim kami?

Membuat penyertaan dari indeks fail yang halamannyaterbalik

[sunting]

Bagaimana cara menyertakan (transklusi) halaman dari indeks yang terbalik susunan halamannya? Seperti indeks dari fail yang besar ini Indeks:PDIKM_769_Majalah_Al_Moenir.pdf atau indeks dari fail yang sudah lebih dari setengahnya dibacaprufkan Indeks:Sesuatu_yang_disebutkan_di_dalam_Quran_darihal_kitab_Injil_dan_Taurat.pdf

terimakasih. Hadithfajri (bincang) 00:38, 13 Oktober 2024 (+08)[balas]

Apa yang saya boleh fikirkan ada dua cara:
(1) Muat turun (download) fail berkaitan dan susun balik halaman-halaman PDF itu satu per satu seperti yang diharapkan. Selepas muka surat fail PDF itu disusun semula maka fail itu dimuat naik (upload) semula ke Commons pada laman nama asalnya. Namun, hal ini agak sukar kerana kita yang memuat naik ini bukannya pemuat naik asal, maka tidak boleh mengemas kini versi semasa dengan mudah.
(2) Pada laman contohnya Majalah al-Munir, jangan guna kod <pages index="PDIKM_769_Majalah_Al_Moenir.pdf" from=2 to=165/> tetapi kena buat <pages index="PDIKM_769_Majalah_Al_Moenir.pdf" from=165 to=165/> <pages index="PDIKM_769_Majalah_Al_Moenir.pdf" from=164 to=164/> dan seumpama dengannya. Kelemahannya ialah cara ini agak leceh.
(3) Tambah <pagelist 1=165 2=164 ... /> pada bahagian "Muka Surat" selepas tekan "Sunting sumber" pada laman indeks. Cumanya saya tak pasti bila transklusi ke laman seperti Majalah al-Munir apa akan jadi, sama ada akan transklusi ikut turutan 165, 164, 163... ke akan guna 1, 2, 3, 4, ... seperti yang baru ditetapkan.
Saudara mungkin boleh cuba salah satu daripada tiga cara yang saya tunjukkan dahulu, dan kongsi pandangan saudara di sini. Atau jika ada penyunting lain seperti @Agus Damanik, @Rombituon, @PeaceSeekers, @Lim Natee ke yang lebih arif berkenaan Wikisumber mungkin boleh juga kongsi pendapat di sini. Hakimi97 (bincang) 19:47, 17 Oktober 2024 (+08)[balas]
@Hakimi97 Sekarang ini nampaknya samaada kita mesti belajar Mediawiki atau sabar saja lah menunggu ini https://phabricator.wikimedia.org/T330458 Hadithfajri (bincang) 09:57, 18 Oktober 2024 (+08)[balas]
Tolong Indeks:PDIKM 769 Majalah Al Moenir.pdf dihapus saja. Sudah ada Indeks:Al-Moenir Jilid 1 Juz 1-10.pdf. Hadithfajri (bincang) 15:20, 11 Disember 2024 (+08)[balas]
Baiklah, saya akan hapuskannya Hakimi97 (bincang) 15:48, 11 Disember 2024 (+08)[balas]