Pergi ke kandungan

13 Tunjang Iman Yahudi

Daripada Wikisumber

13 Tunjang Iman Yahudi

Oleh Maimonides

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, adalah Pencipta dan Pembimbing segala benda yang diciptakan; Dia

sendirian yang telah mencipta, sedang mencipta dan akan mencipta segala

sesuatu.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, adalah esa, dan bahawa tiada satu pun yang serupa dengan-Nya, dan

bahawa Dia sendirian adalah Tuhan kita, dahulu, kini dan akan datang.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, tidak berjasad, dan bahawa Dia bebas daripada semua sifat jirim,

dan bahawa tidak mungkin ada apa-apa bandingan dengan-Nya.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, adalah yang awal dan yang akhir.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa kepada Maha Pencipta, Maha

Suci Nama-Nya, dan kepada-Nya sahaja, sembahyang harus ditujukan, dan tidak

boleh sembahyang ditujukan kepada selain-Nya.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa semua kata-kata para nabi

adalah benar.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa kenabian Musa, guru kita,

alayhissalam, adalah benar, dan bahawa baginda adalah penghulu para nabi,

samada yang mendahului baginda mahupun yang mengikuti baginda.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa keseluruhan Taurat yang dalam

pegangan kita kini adalah sama dengan apa yang telah dikurniakan kepada

Musa, guru kita, alayhissalam.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Taurat ini tidak akan

ditukar, dan bahawa tidak akan ada Taurat lain dari Maha Pencipta, Maha

Suci Nama-Nya.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, mengetahui semua perbuatan manusia dan semua fikiran mereka,

sebagaimana yang tertulis, "Siapakah yang membentuk hati-hati mereka semua,

siapakah yang mengerti semua perbuatan mereka".

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa Maha Pencipta, Maha Suci

Nama-Nya, memberi kurnia kepada mereka yang menjaga perintah-Nya dan

memberi azab kepada mereka yang melampauinya.

Aku percaya dengan iman yang sempurna pada kedatangan al-Masih; dan

meskipun dia mungkin berlengah-lengah, pun begitu aku menunggu setiap hari

akan kedatangannya.

Aku percaya dengan iman yang sempurna bahawa akan ada kebangkitan semula

orang yang mati pada masa yang diredai Maha Pencipta, Maha Suci Nama-Nya,

dan sebutan-Nya akan tinggi selama-lamanya.

Sumber