- (b) seorang pegawai atau pekerja daripada mana-mana pihak yang berkuasa tempatan atau daripada satu badan yang ditubuh atau pihak yang berkuasa yang ditubuhkan oleh undang-undang bagi maksud am;
- (c) seorang ahli daripada persatuan buruh atau daripada satu badan atau pun kesatuan yang bergabung dengan manamana persatuan buruh.
(4) (Dipotong oleh Kn. L.N. 8/1964).
(5) Maka hendaklah ahli-ahli Majlis Penasihat Raja terhak kepada suatu elaun yang berpatutan mengikut kadar yang akan ditetapkan oleh Dewan Negeri.
(6) Melainkan jika ternyata sebaliknya dalam Surat Cara pelantikan atau pelantikannya terlebih dahulu dibatalkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang bertindak menurut budi bicara Baginda, tiap-tiap pelantikan sedemikian hendaklah disifatkan telah dibuat selama tempoh dua tahun dari tarikh pelantikan itu.
(7) Walau apa pun apa-apa yang terkandung terdahulu daripada ini, orang yang menjadi ahli Majlis Penasihat Raja sebaik sebelum kemangkatan Raja memerintah, hendaklah terhenti menjadi ahli Majlis Penasihat Raja selepas kemangkatan Raja memerintah itu.
Sumpah
36. (1) Melainkan bagi maksud membolehkan Perkara ini diturut, maka tidaklah boleh seseorang ahli itu duduk atau mengundi di dalam Majlis Penasihat Raja sehingga ia telah mengangkat sumpah dan menandatangani di hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atau di hadapan seorang yang dikuasakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia kerana itu, akan akuan sumpah bagaimana yang berikut:
- "Dengan Kemegahan Tuhan dan dengan Kelebihan Penghulu Saya Nabi Muhammad, adalah saya, setelah dipilih dan dimasukkan kepada Majlis Penasihat Raja, bagi Negeri Kelantan, bersumpah bahawa saya pada tiap-tiap masa apabila dikehendaki akan memberi dengan seterusnya nasihat-nasihat saya setakat mana dalam daya upaya timbangan saya kepada Kebawah Duli Yang Maha