(6) Dengan tidak mengendahkan syarat-syarat Fasal (2) maka Raja hendaklah tidak terhak mendapat mana-mana elaun di bawah Perkara ini berkenaan dengan mana-mana tempoh yang Baginda dipilih kepada jawatan Yang di-Pertuan Agong atau berkenaan dengan mana-mana tempoh yang lebih daripada lima belas hari yang Baginda menjalankan tanggungan-tanggungan Yang di-Pertuan Agong.
MAJLIS PENASIHAT RAJA
Penubuhan Majlis Penasihat Raja
36. (1) Majlis Penasihat Raja Kelantan, yang digelarkan di dalam bahasa Inggeris "the Council of Advisers, Kelantan" adalah dengan ini ditubuhkan bagi maksud menolong dan menasihatkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam menjalankan tanggungantanggungannya.
(2) Majlis Penasihat Raja hendaklah mengandungi Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Tengku Mahkota serta ahli-ahli yang berikut, iaitu
- (a) Setiausaha Sulit kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia yang hendaklah menjadi Setiausaha Majlis itu;
- (b) Mufti Kerajaan; dan
- (c) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada enam belas orang ahli lain,
yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan ditandatanganinya dan dicop Mohor Negeri di antara mereka yang pada fikirannya telah menyumbangkan pekerjaan yang cemerlang kepada Kerajaan ataupun yang telah mendapat kepujian di dalam pekerjaan, perusahaan, pertanian, pergerakan-pergerakan pertanian atau perkhidmatan-perkhidmatan perubatan.
(3) Seseorang hendaklah tidak boleh dilantik menjadi ahli Majlis Penasihat Raja jika ianya, dan hendaklah tidak tetap menjadi seorang ahli jika ia menjadi
- (a) sama ada seorang ahli Majlis Parlimen atau pun Dewan Negeri bagi sesebuah Negeri;