Mulia Sultan ialah bagi kesempurnaan urusan hal ehwal Negeri yang tersebut itu; dan bahawa tidaklah saya dengan terus atau dengan tidak terusnya bukakan apa-apa perkara yang telah disampaikan kepada saya atau yang telah dibahas di dalam Majlis Penasihat Raja dan diserahkan bagi pegangan rahsia saya, dan bahawa saya akan memelihara, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan bagi Negeri Kelantan.".
(2) Kepada sumpah itu hendaklah ditambah apa-apa perkataan yang menurut kepercayaan agamanya akan mengikat perasaan hati orang yang mengangkat sumpah itu.
Permohonan berhenti
38. Mana-mana ahli Majlis Penasihat Raja bolehlah memohon berhenti daripada menjadi ahli dan kiranya permohonannya itu diterima oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia, maka ianya hendaklah dilepaskan daripada kewajipan itu dan berhenti daripada menjadi ahli Majlis Penasihat Raja.
Pelantikan semula
39. Mana-mana orang yang telah menjadi ahli Majlis Penasihat Raja dan telah memohon berhenti daripada Majlis itu mengikut peraturan yang ditetapkan dahulu daripada ini masih boleh dipilih dan dilantik semula sebagai ahli Majlis Penasihat Raja.
Panggilan mesyuarat
40. Majlis Penasihat Raja hendaklah bersidang dan bermesyuarat apabila dititahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui Setiausaha.
Cukup bilangan
41. (1) Notis persidangan hendaklah diberi kepada sekalian ahli Majlis Penasihat Raja yang ada dalam Negeri di dalam masa yang secukup supaya membolehkan mereka hadir di dalam persidangan itu.