Ketetapan
Bahkan demikianlah Bahagian Yang Pertama bagi Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan.
Ucapan Doa
Mudah-mudahan dengan kemegahan junjungan Kita bahawa TUHAN seru sekalian Alam permuliakan Bahagian yang Pertama daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri ini selama-lamanya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Diperbuat di Istana Balai Besar Kota Bharu pada dua puluh satu haribulan Rabiulawal Tahun 1367 Hijrah Nabi (Sollalahu Alaihi Wasallam) bersamaan dengan satu haribulan Februari tahun Masihi, 1948, iaitu tahun yang keempat Kita di atas Takhta Kerajaan.
PADA MENYAKSIKAN pengurniaan dan ketetapan Bahagian ini daripada Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Negeri ini serta persertaan dan persetujuan Pegawai-Pegawai Melayu Kanan, dan Orang-Orang Besar bagi Negeri ini, adalah sekalian Kita membubuh tandatangan masing-masing di bawah ini:
T.Y. PETRA (dalam tulisan Rumi)
ABDUL RAHMAN (dalam tulisan Jawi)
H. ZAINAL (dalam tulisan Rumi)
T. AHMED (dalam tulisan Rumi)
MAHMOOD BIN ISMAIL (dalam tulisan Jawi)
T.M. YUSUFF (dalam tulisan Rumi)
N.A. KAMIL (dalam tulisan Rumi)
T. MAHMOOD (dalam tulisan Rumi)
AHMED MAHER (dalam tulisan Jawi)
AHMED ZAINAL ABIDIN (dalam tulisan Jawi)
AHMED HAJI MAHMOOD (dalam tulisan Jawi)
MOHAMED DAUD BIN MOHAMED (dalam tulisan Jawi)