atau oleh atau dengan kuasa Dewan hendaklah diterima sebagai keterangan bagi peringatan-peringatan itu di dalam semua mahkamah-mahkamah dan tempat-tempat dengan tidak payah diberi keterangan yang salinan itu telah dicetak sedemikian itu.
Surat akuan Speaker menjadi suatu keterangan jawapan di dalam perbicaraan-perbicaraan yang dijalankan berkenaan dengan perisytiharan Dewan itu
12. Mana-mana orang yang menjadi orang yang kena dakwa di dalam mana-mana perbicaraan mal atau jenayah yang dijalankan bagi atau kerana atau berkenaan dengan siaran oleh orang itu atau oleh orang gajinya dengan perintah atau dengan kuasa Dewan atau mana-mana jawatankuasa, akan mana-mana penyata-penyata, kertas-kertas, minit-minit, undi-undi atau perjalanan-perjalanan mesyuarat itu bolehlah, setelah diberi dua puluh empat jam notis yang bertulis memberitahu akan hajatnya itu kepada orang yang mendakwa atau pendakwa (menurutlah mana-mana satu yang berkenaan), membawa ke hadapan mahkamah yang perbicaraan mal atau jenayah itu dijalankan, akan satu surat akuan di bawah tandatangan Speaker atau Kerani Mesyuarat, menyatakan bahawa penyata-penyata, kertas-kertas, minit-minit, undi-undi atau perjalanan-perjalanan mesyuarat berkenaan dengannya perbicaraan mal atau jenayah itu dijalankan, telah disiarkan oleh orang itu atau oleh orang gajinya dengan perintah atau dengan kuasa Dewan atau mana-mana jawatankuasa, bersama-sama dengan surat ikrar yang mengesahkan surat pengakuan itu, dan mahkamah itu hendaklah pada ketika itu dengan serta-merta memberhentikan perbicaraan mal atau jenayah itu dan perkara itu serta tiap-tiap perjalanan yang berlaku di dalamnya disifatkan sebagai telah diputuskan dengan muktamad.
Siaran-siaran yang dibebaskan
13. Di dalam mana-mana perbicaraan mal dan jenayah yang dijalankan kerana menyiarkan mana-mana cabutan atau ringkasan mana-mana penyata, kertas, minit-minit, undi-undi atau perjalanan mesyuarat, sebagaimana yang telah tersebut di dalam perenggan yang lepas, jika mahkamah itu ataupun juri, (menurutlah mana-mana satu yang berkenaan) puas hati bahawa cabutan atau ringkasan itu telah disiarkan dengan sebenar-benarnya dan bukan dengan sebab sakit hati, maka hukuman atau keputusan (menurutlah mana-mana satu yang berkenaan) hendaklah diberi bagi orang yang kena dakwa atau orang yang dituduh itu.
Speaker terus menjadi Yang di-Pertua
14. Dengan tidak mengendahkan keberhentian atau pembubaran Dewan, maka Speaker hendaklah terus menjadi sebagai Yang di-Pertua Dewan itu bagi maksud Jadual ini.