Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/53

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
54
Undang-Undang Negeri Kelantan


(2) Tidaklah boleh seseorang pegawai kerajaan –

(a) menunjukkan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa akan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat; atau
(b) memberi keterangan di atas mana-mana perkara itu di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa,

berkait dengan surat-surat bagi mana-mana angkatan tentera laut, darat, udara atau jabatan awam (sivil) atau yang berkait dengan mana-mana perkara yang mengenai perkhidmatan kerajaan, dikecuali dengan persetujuan Yang di-Pertuan Agong di dalam perkara jabatan tentera laut, darat, udara atau jabatan bagi Kerajaan Persekutuan ataupun dengan persetujuan Kebawah Duli Yang Maha Mulia atau Yang di-Pertua Negeri, menurutlah mana-mana satu yang berkenaan, di dalam perkara sesebuah jabatan Negeri-Negeri Selat, dan tidaklah boleh diterima atau ditunjukkan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa akan keterangan yang beralas mulut atau salinan bagi kandungan-kandungan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat itu.

Surat akuan Speaker yang seorang saksi itu telah menjawab soalan-soalan yang dihadapkan kepadanya oleh Dewan

9. Tiap-tiap orang saksi di hadapan Dewan atau di hadapan sesuatu jawatankuasa yang menjawab dengan penuh dan dengan betul benar akan mana-mana soalansoalan yang dihadapkan kepadanya oleh Dewan atau oleh jawatankuasa sehingga memuaskan hatinya hendaklah terhak mendapat satu surat akuan di bawah tandatangan Speaker atau Pengerusi jawatankuasa, menyatakan bahawa saksi itu telah dikehendaki menjawab di dalam pemeriksaannya dan telah menjawab akan mana-mana soalan itu.

Tegahan memberi keterangan di luar Dewan akan mana-mana keterangan di hadapan Dewan dengan tiada kebenaran Dewan

10. Tidaklah boleh mana-mana ahli atau pegawai Dewan dan tidaklah boleh jurutrengkas yang bekerja mengambil minit-minit atau keterangan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa, memberi keterangan di tempat-tempat yang lain berkenaan dengan kandungan keterangan itu ataupun berkenaan dengan kandungan-kandungan mana-mana tulisan atau surat yang dibentangkan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa atau berkenaan dengan mana-mana perjalanan-perjalanan atau pemeriksaan yang dijalankan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa dengan tidak terlebih dahulu mendapat kebenaran khas daripada Dewan. Maka kebenaran khas itu bolehlah diberi selepas daripada pembubaran atau di dalam masa rehat atau penangguhan oleh Speaker atau di dalam masa ketiadaannya atau sebab-sebab yang lain, oleh Kerani Mesyuarat.

Peringatan-peringatan Dewan boleh diterima sebagai keterangan

11. Tatkala dibuat mana-mana penyiasatan yang menyentuh kebebasan, kelebihan dan kuasa Dewan atau mana-mana ahli, maka mana-mana salinan peringatan-peringatan yang dicetak atau yang bererti telah dicetak oleh Pencetak Kerajaan