Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/52

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
53

atau menunjukkan surat itu, dengan saman yang ditandatangan oleh Kerani Mesyuarat yang dikeluarkan dengan perintah Speaker dan di dalam tiap-tiap saman itu hendaklah disebutkan masa dan tempat orang yang dipanggil itu dikehendaki hadir dan surat-surat yang tertentu yang ia dikehendaki tunjuk, dan saman-saman itu hendaklah dihantar kepada orang yang tersebut namanya di dalam saman itu, sama ada diserahkan satu salinan daripadanya atau dengan meninggalkan satu salinan daripada saman itu di tempat kediamannya yang dia biasa tinggal atau yang akhir sekali diketahui ia tinggal dengan diserahkan kepada orang yang dewasa, dan hendaklah dibayar atau diberi kepada orang yang disaman itu jika ia tidak tinggal di dalam enam batu daripada tempat Dewan itu, sejumlah wang untuk perbelanjaannya sebagaimana ditetapkan oleh mana-mana Perintah Tetap bagi maksud itu.

Pemeriksaan saksi-saksi dengan sumpah

6. Dewan atau mana-mana jawatankuasa bolehlah berkehendakkan supaya mana mana dalil, perkara-perkara dan benda-benda yang berkait dengan perkara pemeriksaan di hadapan Dewan atau jawatankuasa itu disahkan ataupun ditahkikkan dengan pemeriksaan saksi-saksi itu dengan mulut, dan bolehlah menyebabkan supaya mana-mana saksi itu diperiksa dengan sumpah yang boleh dijalankan oleh Speaker, atau Pengerusi jawatankuasa itu atau oleh orang yang dilantik khas bagi maksud itu.

Kelepasan daripada menjawab soalan-soalan atau menunjukkan surat-surat

7. Jika mana-mana orang yang diperintahkan supaya hadir kerana memberi keterangan atau untuk menunjukkan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat keterangan di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa enggan menjawab mana-mana soalan yang harus dihadapkan kepadanya atau menunjukkan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat dengan alasan bahawa benda-benda itu ialah barang-barang sulit seseorang (private) dan tidak mengenai dengan perkara penyiasatan itu, maka bolehlah Speaker, atau Pengerusi jawatankuasa, (menurutlah mana-mana satu yang berkenaan) merepotkan keengganan itu bersekali dengan sebab-sebab baginya, dan pada ketika itu bolehlah Dewan itu memaafkan daripada menjawab soalan itu ataupun daripada menunjukkan kertas, buku, rekod atau surat itu ataupun bolehlah memerintahkan supaya diberi jawapan atau ditunjukkan benda-benda itu.

Kebebasan saksi-saksi

8. (1) Tiap-tiap orang yang diperintahkan supaya hadir, kerana memberi keterangan, atau menunjukkan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat di hadapan Dewan itu atau mana-mana jawatankuasa hendaklah terhak, berkenaan dengan keterangan atau pembukaan mana-mana surat perutusan atau menunjukkan mana-mana kertas, buku, rekod atau surat, kepada hak atau kebebasan yang sama seperti di hadapan sesebuah mahkamah undang-undang.