"pegawai Dewan itu" dan "pegawai" maknanya Kerani Mesyuarat dan manamana orang yang ditetapkan oleh Speaker menjadi seorang pegawai Dewan itu;
"Peringatan-peringatan" maknanya peringatan-peringatan mesyuarat bagi Dewan itu atau rekod-rekod rasmi berkait dengan perjalanan-perjalanannya;
"Perintah-Perintah Tetap" maknanya Peraturan-Peraturan Tetap dan Perintah-Perintah Dewan itu yang pada ketika itu sedang berjalan kuat kuasanya;
"Speaker" maknanya Speaker yang dilantik mengikut makna Perkara 45 daripada Bahagian ini dan termasuklah mana-mana ahli memangku sebagai Speaker.
Kebebasan bercakap dan berbahas
2. Maka hendaklah ada kebebasan bercakap dan berbahas di dalam perjalanan-perjalanan Dewan itu dan kebebasan bercakap serta berbahas itu tidaklah boleh dituduh atau disoal di dalam mana-mana mahkamah atau mahkamah penyelesaian di luar Dewan itu.
Kebebasan ahli-ahli daripada perbicaraan mal atau jenayah kerana apa-apa perkara yang dibuat atau dikata di hadapan Dewan
3. Tidaklah boleh mana-mana ahli terkena kepada mana-mana perbicaraan mal atau jenayah, tangkapan, penjara atau tuntutan malu yang terbit dari sebab mana mana perkara yang ia harus bawa dengan jalan rayu hal, Rang Undang-Undang, ketetapan, cadangan atau lainnya, atau yang ia telah berkata di hadapan Dewan atau mana-mana jawatankuasa.
Kuasa Dewan memerintahkan kehadiran saksi-saksi dan menunjukkan surat-surat
4. Dewan itu, dan mana-mana jawatankuasa yang diberi kuasa dengan suatu perintah Dewan supaya memanggil orang, mendapatkan surat-surat atau kertas-kertas, bolehlah dengan tertakluk kepada syarat-syarat perenggan 7 dan 8, memerintahkan mana-mana orang supaya hadir di hadapan Dewan atau di hadapan jawatankuasa itu, dan memberi keterangan atau menunjukkan manamana kertas, buku, rekod atau surat yang di dalam milik atau di bawah jagaan orang yang tersebut itu.
Kehadiran hendaklah dimaklumkan dengan saman
5. Mana-mana perintah kerana hadir, kerana memberi keterangan atau kerana menunjukkan surat-surat di hadapan Dewan atau di hadapan mana-mana jawatankuasa hendaklah diberitahu kepada orang yang dikehendaki hadir