Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/48

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan
49


(10) Undang-undang Negeri boleh mengadakan syarat-syarat kerana menjalankan kewajipan-kewajipan yang lain oleh Suruhanjaya itu.

(11) Suruhanjaya itu bolehlah menurunkan kuasa kepada mana-mana pegawai di dalam perkhidmatan awam bagi Negeri atau kepada mana-mana Lembaga yang pegawai-pegawai itu dilantik olehnya akan manamana kewajipan di bawah Fasal (9) berkenaan dengan mana-mana darjah perkhidmatan, dan pegawai atau Lembaga itu hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan itu di bawah perintah dan kawalan Suruhanjaya itu.

(12) Suruhanjaya itu bolehlah, tertakluk kepada syarat-syarat Perlembagaan ini dan undang-undang Negeri, membuat peraturan-peraturan mengaturkan peraturannya dan menetapkan bilangan ahli-ahlinya yang kena menggenapkan cukup bilangan.

(13) Suruhanjaya itu hendaklah membuat penyata tahunannya berkenaan dengan pergerakan-pergerakannya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan salinan-salinan penyata ini hendaklah dibentangkan di dalam Dewan Negeri.

(14) Dalam Perkara ini –

(a) "pertukaran" tidak termasuk pertukaran dalam sesebuah pejabat kerajaan dengan tidak berubah pangkat;
(b) "Suruhanjaya" maknanya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri yang ditubuhkan di bawah Fasal (1);
(c) "perkhidmatan awam bagi Negeri" hendaklah mempunyai makna yang serupa dengan yang di dalam Bahagian X daripada Perlembagaan Persekutuan; dan
(d) "Pengerusi" ertinya Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri, dan hendaklah termasuk seorang Timbalan Pengerusi yang dilantik di bawah Fasal (2A).

Kelebihan Kebawah Duli Yang Maha Mulia tersimpan

62. Melainkan telah disebut di dalam ini, maka Bahagian ini tidaklah akan menyentuh kelebihan, kuasa dan takluk Kebawah Duli Yang Maha Mulia.