Pergi ke kandungan

Laman:Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.pdf/47

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
48
Undang-Undang Negeri Kelantan

Agong dan Perdana Menteri dalam Fasal itu digantikan dengan sebutan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Menteri Besar.

(7) Maka hendaklah Dewan Negeri dengan undang-undang mengadakan syarat kerana upahan bagi mana-mana ahli Suruhanjaya itu selain daripada ahli yang upahannya sebagai pemegang jawatan lain ada diperbuat cadangan oleh undang-undang Negeri; dan upahan yang dicadangkan itu hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan.

(8) Upahan dan lain-lain tempoh jawatan bagi seseorang ahli Suruhanjaya itu hendaklah tidak diubah sehingga merugikan dia kemudian daripada pelantikannya.

(9) Tertakluk kepada syarat mana-mana undang-undang yang ada dan syarat-syarat Bahagian ini, maka hendaklah menjadi kewajipan Suruhanjaya itu pada melantik, mengesah dan meletakkan ke atas ketetapan yang kekal ataupun yang berpencen, menaikkan pangkat, menukarkan dan menjalankan kawalan tatatertib ke atas ahli-ahli perkhidmatan-perkhidmatan yang meliputi kuasanya.

(9A) (i) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam Fasal (9), semua kuasa-kuasa dan tugas-tugas Suruhanjaya, selain daripada kuasa bagi membuat lantikan yang pertama kepada jawatan tetap atau berpencen, bolehlah dijalankan oleh sebuah Jumaah yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

(ii) Sesiapa yang tidak puas hati dengan cara Jumaah menjalankan sebarang kuasa-kuasa atau tugas-tugas Suruhanjaya yang disebutkan tadi bolehlah merayu kepada Jumaah Ulangbicara yang dilantik oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia.

(iii) Kebawah Duli Yang Maha Mulia boleh membuat peraturan-peraturan berkaitan dengan pelantikan ahli-ahli dan cara-cara yang hendaklah diikuti oleh Jumaah atau Jumaah Ulangbicara di bawah Fasal ini.

(iv) Apabila Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah melantik Jumaah itu di bawah perenggan (i) dari Fasal ini untuk maksud menjalankan sebarang kuasa-kuasa atau tugas-tugas yang disebutkan di dalam perenggan itu, maka kuasa atau tugas yang tersebut itu selagi kekal menjadi kuasa atau tugas bagi dijalankan oleh Jumaah itu hendaklah diberhentikan daripada dijalankan oleh Suruhanjaya tersebut.