Pengertian bagi Undang-Undang Perlembagaan
63. (1) Dengan tiada mencacatkan mana-mana takluk kuasa appeal atau mengubah bagi Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana perbicaraan di hadapan satu mahkamah yang lain maka satu soalan ada berbangkit tentang kuasa mana-mana syarat daripada Undang-Undang Perlembagaan Negeri, maka Mahkamah Persekutuan berkuasalah, apabila diminta oleh salah satu pihak bagi perbicaraan itu, menetapkan soalan itu dan sama ada menyelesaikan perkara itu atau hantarkannya kepada mahkamah lain supaya diselesaikan mengikut ketetapan itu.
(2) Maka berkuasalah Kebawah Duli Yang Maha Mulia merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan bagi fikirannya manamana soalan tentang kuasa mana-mana syarat daripada UndangUndang Perlembagaan Negeri yang telah berbangkit atau nampak kepadanya harus akan berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengisytiharkan fikirannya di dalam mahkamah terbuka di atas mana-mana soalan yang dirujukkan kepadanya.
PERUNTUKAN PERALIHAN
Syarat-syarat peralihan tentang kandungan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
64. (1) Selepas dibubarkan Majlis Mesyuarat Negeri yang akhir, maka Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah mengandungi Menteri Besar dan sekalian mereka yang telah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dahulu sedikit daripada pembubarannya itu tetapi tidaklah boleh mereka itu terus memegang jawatannya selepas persidangan-persidangan yang pertama bagi Dewan Negeri yang pertama melainkan ianya seorang ahli Dewan Negeri itu.
(2) Selepas dibubarkan Dewan Negeri yang pertama atau yang kemudian maka Majlis Mesyuarat Kerajaan hendaklah mengandungi Menteri Besar dan sekalian mereka yang telah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan dahulu sedikit daripada pembubaran Dewan