dalam tempoh itu mana-mana orang yang layak dilantik pada tempatnya dan pelantikan orang itu hendaklah diperbuat dengan cara yang serupa dengan ahli yang kewajipan-kewajipannya ia kena jalankan.
(v) Suruhanjaya itu bolehlah melakukan, dengan tidak mengendahkan kekosongan ahlinya dan tidaklah perjalanan Suruhanjaya itu menjadi tidak sah dengan sebab hanya ada seorang yang tidak berhak telah mengambil bahagian di dalamnya.
(vi) Sebelum menjalankan kewajipannya sebagai seorang ahli Suruhanjaya itu atau di bawah perenggan (iv), maka mana-mana orang hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi akan sumpah jawatan dan sumpah taat setia seperti berikut:
- "Adalah saya, , setelah dilantik kepada jawatan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri bagi Negeri Kelantan dengan sesungguhnya bersumpah (atau berikrar) bahawa saya dengan setianya akan menunaikan kewajipan-kewajipan jawatan itu dengan sedaya upaya saya, dan bahawa saya akan taat dan bersetiawan dengan sebenarnya kepada Negeri Kelantan, dan akan memelihara, menjaga dan mempertahankan Perlembagaannya.".
(6) Seorang ahli Suruhanjaya –
- (a) hendaklah dilantik bagi tempoh selama lima tahun atau jika Kebawah Duli Yang Maha Mulia melakukan mengikut timbangannya tetapi setelah menimbang nasihat daripada Menteri Besar yang ditentukan di dalam perkara-perkara yang tertentu bagi tempoh yang lebih pendek sebagaimana ia boleh menentukan;
- (b) bolehlah, melainkan tidak layak, dilantik dari satu masa ke satu masa; dan
- (c) bolehlah pada bila-bila masa berhenti daripada jawatannya tetapi hendaklah tidak dibuang daripada jawatan itu dikecualikan dengan alasan-alasan yang seakan-akan itu dan dengan cara seakan-akan dengan seorang Hakim Mahkamah Persekutuan di bawah Fasal (3), (4) dan (5) Perkara 125 Perlembagaan Persekutuan:
Dengan syarat bahawa Fasal tersebut hendaklah ditafsirkan seolah-olah sebutan mengenai Yang di-Pertuan