(2A) Kebawah Duli Yang Maha Mulia mengikut timbangannya, setelah menimbang nasihat Menteri Besar, bolehlah melantik seorang Timbalan Pengerusi tambahan kepada ahli-ahli yang telah pun dilantik di bawah Fasal (2) Perkara 61.
(3) Sama ada Pengerusi ataupun Timbalan Pengerusi hendaklah dan boleh kedua-duanya dilantik di antara mereka-mereka yang telah menjadi ahli mana-mana perkhidmatan awam pada bila-bila masa di dalam tempoh lima tahun dahulu sedikit daripada tarikh pelantikannya yang pertama.
(4) Seorang ahli dari perkhidmatan awam bagi Negeri yang dilantik menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi hendaklah tidak boleh terhak bagi mana-mana pelantikan lagi di dalam perkhidmatan Negeri selain daripada sebagai seorang ahli Suruhanjaya itu.
(5) (i) Seorang ahli sama ada dari Dewan Parlimen atau Dewan Negeri bagi Negeri ini hendaklah tidak dilantik menjadi ahli Suruhanjaya itu.
(ii) Tertakluk kepada perenggan (iii), seseorang hendaklah tidak dilantik menjadi ahli Suruhanjaya itu sekiranya ia menjadi dan hendaklah tidak menjadi ahli itu jika sekiranya ia menjadi –
- (a) seorang ahli mana-mana perkhidmatan awam bagi Persekutuan atau pun bagi mana-mana Negeri;
- (b) seorang pegawai atau pekerja mana-mana pihak yang berkuasa tempatan atau sebuah badan yang ditubuhkan atau pihak berkuasa yang ditubuhkan mengikut undang-undang bagi maksud-maksud awam;
- (c) seorang ahli kesatuan buruh atau badan atau persatuan yang bergabung dengan kesatuan buruh.
(iii) Seseorang ahli bagi mana-mana perkhidmatan awam bolehlah dilantik dan boleh ditinggal menjadi Pengerusi atau Timbalan Pengerusi dan, jika ada dalam cuti sebelum bersara, maka bolehlah ia dilantik menjadi seorang ahli lain bagi Suruhanjaya itu.
(iv) Jika dalam mana-mana tempoh seseorang ahli Suruhanjaya itu telah dikurniakan cuti oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia ataupun tidak berupaya kerana peninggalannya daripada Persekutuan, kesakitan atau mana-mana sebab yang lain kerana menunaikan kewajipannya sebagai ahli, maka Kebawah Duli Yang Maha Mulia bolehlah melantik supaya menjalankan kewajipan-kewajipannya