UNDANG2 BAHARU MAJLIS UGAMA DAN 'ADAT ISTLIADAT NEGERI BRUNEI
Mana2 perempuan yang dengan senghaja tidak mahu menurut ; sebarang perentah yang dibuat oleh suaminya mengikut Hukom Shara’ aken bersalah; Hukomea denda $10, atau didalam perkara kesala- han itu berlaku bagi kali yang kedua, atau pun berulang2, ia akan dihukom penjara ringan salama 7 hari atau denda 50.
Mana2 orang lelaki Islam yang didapati bergurau senda dan berhampiran yang mendatangkan shak dengan saorang perempuan wa- lau pun perempuan itu berugama Islam atau tidak, salain daripada saorang perempuan yang ditegah diatasnya, bernikah mengikut Hu- kom Shara’ oleh kerana adek beradek, sadaging sadarah atau lain, hendaklsh menjadi salah kerana berkhaluat: Hukoman penjara sala- ma sabulan atau pun denda saratus ringgit, atau didalam perkara kesalahan itu berlaku bagi kali yang kedua atau berulang2, dengan penjara salama dua bulan atau denda dua ratus ringgit.
Mana2 orang perempuan Islam yang bersabahat pada melakukan kesalahan berkhaluat yang boleh dihukomkan dibawah perkara ter- sebut aken bersalah: Hukoman penjara ringan salama empat belas hari atau denda sebanyak lima puloh ringgit; atau didalam perka- ra kesalahan itu berlaku bagi kali yang kedua atau berulang2 dengan penjara ringan selama satu bulan atau denda sabanyak seratus ringgit.
Sebarang orang perempuan Islam jika didapati bergurau senda dan berhampiran yang mendatangkan shak dengan mana2 laki2 yang bukan Islam hendaklah dihukomkan dengan sama jalannya saperti yang tersebut,
Mana2 orang yang telah mencheraikan isterinya menurut Undang2 telah balek baik pula dengan isterinya dengan tidak merojok menurut Undang2 akan bersaleh: Hukoman penjara salama sabulan atau dengan denda sabanyak saratus ringgit; atau sakiranya itu tidak tahu pada masa laki itu balek dengannya yang ia itu telah dicherai, hen- daklah dihukomkan dengan penjara salama dua bulan atau dengan denda Sabanyak dua ratus ringgit.
Mana2 perempuan yang bersabahat dengan mana2 kesalahan yang boleh dihukomkan dibawah perkara tersebut akan bersalah: Hukoman penjara kerja ringan salama tujoh hari atau denda sabanyak dua pu- loh lima ringgit.
Barang siapa yang bersetuboh dengan mana2 orang yang silaki2 atau perempuan itu tahu atau sebab2 boleh perchaya yang silaki2 atau perempuen itu ditegahkan bernikah oleh Ugama Islam, akan bersalah: Hukoman bagi orang laki2, penjara salama lima tahun; dan orang pe- pembuan, penjara salama satahun.
Melainkan dalam perkara yang tersebut, maka barang siapa yang didapati salah kerana bersetuboh yang haram, walau pun pehak yang satu lagi itu berugema Islam atau tidak, akan bersalah: Hukoman pen- jara salama 6 bulan atau pun denda sabanyak lima ratus ringgit.
Barang siapa yang tertanggong diatasnya pada memberi tahu kapada pendaftar darihal mana2 nikah atau cherai dengan senghaja laai atau mungkir daripada memberi tahu perkara itu akan bersalah; Hukoman denda sabanyak saratus ringgit.
Barang siapa yang menjadi tanggongannya pada memberi tahu kapada pendaftar darihal mana2 perkahwinan atau cherai dan apakala ‘dikehendaki oleh pendaftar itu memberi apa-apa kenyataan atau mem- buat atau menanda tangan mana2 surat mengikut Undang2 mustahak bagi maksud pendaftaran itu, dengan senghaja lalai atau mungkir menurut kehendak itu akan bersalah: Hukoman denda sabanyak dua puloh lima ringgit.