Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/10

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

JAWATAN KUASA PENGADILAN MAJLIS UGAMA NEGERI BRUNEI

Duli Yang Maha Mulia Sultan, telah dengan sukachitanya melan-~ tek beliau2 dibawah ini menjadi Jawatan Kuasa Pengadilan Majlis Ugama, dibawah Undang2 Majlis Ugama dan ‘Adat Istiadat Negeri Bru- nel, 1955:

Ahli2 biasa: Pehin Dato’ Perdana Menteri Haji Ibrahim bin Jahfar dan Pengiran Kerma Indra Mohamed.

Ahli2 tambahan: Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara ; Pengiran Mohamad Yusuf bin Pengiran Haji Abdul Rahim; dan Pehin Udana Khatib Haji Metassin.

Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melantek 9 orang sebagai Ahli2 Jawatan Kuasa Undang2 Majlis Ugama dan ‘Adat Istiadat Negeri, dibawah Undang2 tersebut juga saperti berikut;

Yang Teramat Mulia Duli Pengiran Bendahara; Pengiran Haji Mohamed Salleh bin Almerhom Pengiran Anak Haji Mohamed (Chief Ka- thi Brunei); Abang Razalli bin Haji Zainuddin (Kathi Belait);Pehin Dato' Imam Abang Abu Bakar; Pehin Tuan Imam Haji Sa'ad; Tuan Haji Othman bin Heji Mohamed Sa'id; Pehin Khatib Metalli; Inche' Ahmad Merzukki bin Haji Sirat; dan Awang Omar bin Randah.


JULONG2 PERKHIDMATAN KAPAL TERBANG "DAKOTA" MENDARAT DIBRUNEI

Julong2 kapal terbang "Dakota" kepunyaan Sharikat Malayan Airways Limited unrok mulai menjalankan perkhidmatan penerbangan diantara Brunei dan tahah besar, menghubongkan Jesselton, diBorneo Utera; Sibu dan Kuching, diSarawak; dan Singapura telah mendarat diPadang Kapal Terbang Brunei pada pagi hari Khamis 1 November, 1956.

"Dakota" itu bernama "Hawk", telah dipandu oleh Captain J.Bates, Sabelum mendarat, kapal terbang itu telah melintas beberapa kali diatas Padang Kapal Terbang itu. Ia telah membawa seramai 15 orang penumpang2, mengandongi 13 orang ke Brunei, saorang penumpang yang hendak pergi ka Kuching dan saorang lagi ka Singapura.

Satu perhimponen yang ramai telsh kelihatan diPadang Terbang itu pada masa tersebut, diantaranya ialah beberapa orang Pegawai2 Kerajaan, iaitu British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. D.C. White; Controller of Civil Aviation, Mr. E. R. Bevington; Penyimpan Wang Negeri, Mr. E.W. Gousens; Penolong Resident Brunei, Mr. D.L, Bruen; dan Controller of Telecommmications, Pengiran Kerma Indra Mohamed.

Satelah mengisi minyak daripada sabuah kereta yang telah dibawa Khas ka Brunei untok kegunaan kapal terbang itu, maka kapal terbang itu telah berangkat ka Singapura, melalui Sibu dan Kuching satengah jam kemudian, dengan membawa 13 orang penumpang2, iaitu 4 orang ka Sibu, 3 orang ka Kuching dan 6 orang ka Singapura.


HARGA2 BUAH ENGKABANG DAN LADA

Controller of Customs, Brunei telah menetapkan harga2 Buah Engkabang (atau Buah Kawang) dan Lada untok kegunaan mengutip chu- kai mulai dari 29 October, 1956, iaitu;: Lada Puteh $ 93.61 sapikul; Lada Hitem $ 67.45 sapikul; dan Buah Engkabang $ 30.75 sapikul.

_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _