Pergi ke kandungan

Laman:Pelita Brunei - 1 November 1956.pdf/12

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

MA'LUMAT YANG KHAS KAPADA BAKAL2 JEMA'AH2 HAJI


Pejabat ‘Adat Istiadat, Ugama dan Kebajikan Negeri telah menerima khabar daripada Pegawai~yang-Menjaga hal ehwal Jema‘ah2 Haji diPejabat Kedutaan British diJeddah bahawa Kementerian Luar Negeri Saudi Arabia telah meminta kapada bakal2 jema‘ah2 Haji, iaitu janganlah mereka membawa bersama2,barang2 yang banyak yang tidak mustahak pada masa mereka berangkat ka Tanah Suchi pada tahun hadapan.

Kementerian Luar Negeri Saudi Arabia telah menasihatkan behawa bekal2 jema'tah2 Haji hendaklah membawa hanya dengan saberapa sedikit sahaja barang2 yang perlu digunakan dalam masa pe- layaran mereka itu.

Ma'lumat itu menambah-kata, bahawa bakal2 jema'ah2 Haji hendaklah menulis dengan terang diatas bungkusan2 mereka, nama2 dan alamat2 masing2, dan juga chara2 kenderagn yang akan diguna- kan bagi membawa barang2 mereka itu, supaya dapatlah barang2 itu tiba ditempat yang ditujukan diSaudi Arabia.


WAKTU_MENGIRIMKAN SURAT2 UDARA DIPEJABAT2 POST

Mulai dari 4 November, 1956 waktu yang akhir sekali bagi mengirimkan surat2 udara diPejabat2 Post Bandar Brunei, Seria, dan Kuala Belait adalah saperti berikut:

Bandar Brunei

Surat2 udara untok Labuan, Borneo Utara, Sibu, Kuching danSingapura: Pada tiap-tiap hari Ithnin, Rabu dan Sabtu, pukol 8.15 pagi. Surat2 udara untok Sibu, Kuching dan Singapura sahaja pada pukol 9,00 pagi tiap-tiap hari Thalatha, Khamis dan Juma'at. Su- rat2 udara untok Singapura pada tiap-tiap hari Rabu sekali lagi pada pukol 12.00 tengah hari.

Surat2 udara untok Kuala Belait dan Seria: Pada tiap-tiap hari Ithnin, Rabu dan Khamis pada pukol 12.00 tengah hari. Pada tiap-tiap hari Thalatha dan Juma'at pada pukol 4.00 petang.

Surat2 udara untok Borneo Utara pada tiap-tiap hari Thalatha dan Sabtu pada pukol 12.00 tengah hari. Pada hari2 Khamis dan Juma'at pada pukol 3.00 petang.

Seria

Surat2 udara untok Sibu, Kuching dan Singapura: Pada tiap-tiap bari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis, Juma‘at dan Sabtu pada pukol 11.00 pagi.

Surat2 udara untok Bandar Brunei, Labuan dan Borneo Utara: Pada tiap-tiap hari Ithnin dan Rabu pada pukol 4,00 petang: Pada tiap-tiap hari Thalatha, Khamis dan Juma'at pada pukol 11.00 pagi; jan pada hari Sabtu pada pukol 12,00 tengah hari.

Kuala Belait

Surat2 udara untok Sibu, Kuching, Singapura, Labuan dan Borneo Utara: Pada tiap2 hari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis dan Ju- ma'at pada pukol 4.00 petang, Pada hari Sabtu pada pukol 12.00 tengah hari.

Surat2 udara untok Bandar Brunei; Pada tiap-tiap hari Ithnin, Thalatha, Rabu, Khamis, Juma'at dan Sabtu pada pukol 12,00 tengah hari. Pada tiap-tiap hari Thalatha dan Juma'at sekali lagi pada pukol 4.00 prtang.