-2-
5 ORANG JURURAWAT BRUNEI DI-PILEH UNTOK BERIATEH DI-SARAWAK DAN MALAYA
Kerajaan Negeri Brunei telah memileh 5 orang Jururawat2 dari Rumah Sakit Bandar Brunei untok memperolehi latehan khas di-Rumah2 Sakit di-Sarawak dan di-Persekutuan Tanah Melayu.
Empat orang di-antara Jururawat2 itu telah pun berangkat dari Bru- nei, manakala sa-orang lagi akan berangkat dari Negeri ini dalam masa per- tengahan bulan ini. Mereka itu ada-lah saperti berikut:-
Mr. Lim Poh Seng telah berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada 16 haribulan January, 1957 untok berlateh di-Institute of Medical Research di-sana sebagai sa-orang Laboratory Assistant selama 3 tahun.
Inche' Adinin bin Dato' Haji Ibrahim sa-orang Jururawat Gigi telah berangkat ka-Pulau Pinang pada 30 haribulan January, 1957 di-mana beliau akan berlateh di-Rumah Sakit Besar di-sana sebagai sa-orang Dental Techn- ician selama 2 tahun.
Inche' Sulaiman bin Ahmad telah berangkat ka-Kuching, Sarawak pada 31 haribulan January, 1957 untok berlateh sebagai Operating Theatre Assi stant di-Rumah Sakit Besar di-Kuching selama satahun.
Mr. E.V. Dharan telah berangkat juga ka-Kuching, Sarawak pada hari tersebut untok menerima latehan dalam Ilmu Jururawat selama satahun.
Sa-orang lagi Jururawat, Mr. Yong Hin Nan di-jangka akan berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada pertengahan bulan February ini untok berlate. sebagai sa-orang X'ray Assistant selama 18 bulan.
Ada-lah di-fahamkan daripada Pejabat Perubatan Negeri bahawa Mr.Stanley Cheong Fui Siong, sa-orang Inspector Kesihatan dalam la tehan, telahpun berangkat ka-Kuala Lumpur, Malaya pada 21 haribulan January, 1957 untok mendapat Tauliah dari Royal Institute of Health dan akan berada di-sana selama 9 bulan.
WAKIL2 PENGAKAP BRUNEI KA-PERKHEMAHAN PENGAKAP2 SA-DUNIA DI-UNITED KINGDOM
Satu persetujuan untok menghantarkan 2 orang Pengakap2 dari Bandar Brunei bagi menghadziri Perkhemahan Pengakap2 Sa-Dunia yang akan di-lang- songkan di-United Kingdom pada bulan August tahun ini telah di-luluskan dalam majlis Mashuarat Persekutuan Pengakap 2 Tempatan, Daerah Brunei bah- aru2 ini.
Ada-lah di-fahamkan bahawa Persekutuan Pengakap2 Daerah Kuala Bel- ait akan menghantarkan bebarapa orang Pengakap untok menghadziri Perkhem- ahan itu. Kedua2 Persekutuan itu akan mengadakan mashuarat mereka tidak berapa lama lagi untok menetapkan nama2 wakil2 dari Negeri ini ka-perkhe- nahan tersebut.
Perkhemahan itu akan di-adakan di-Daerah Sutton Coldfield, Englan kerana menyambut Ulang Tahun yang ka-100 tahun Persekutuan Pengakap2 Sutton Coldfield dan juga kerana menyambut hari jadi yang ka-100 Pengasa Pengakap2 Sa-Dunia Mendiang Lord Baden Powell.
Menurut satu puncha yang rasmi, Kabawah Duli Yang Maha Besar Bag- inda Queen Elizabeth II dan suami-nya Yang Teramat Mulia The Duke of Edinburgh ada-lah di-antara berpuloh2 ribu manusia yang akan melawat ka- temasha tersebut.
Kira2 34,000 Pengakap2 dari lebeh daripada 80 Negeri2 telah pun bersetuju menerima jemputan menghadziri perkhemahan tersebut; manakala di-antara Negeri2 dari Benua Asia dan di-Lautan Pacific yang akan meng- hantarkan wakil2 Pengakap mereka ia-lah Brunei; Sarawak; Borneo Utara; Malaya; Thailand; Burma; India;B Pakistan; Ceylon; Fiji; Philippines; Hongkong dan Jepan.
-------------------