KERAJAAN BRUNEI
DUA KALI SABULAN
PESUROH JAYA TINGGI BERASA BANGGA MELIHAT KEMAJUAN2 YANG DI-PEROLEHI
Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi bagi Negeri Brunei, Sir Anthony Foster Abell, berasa bangga melihat kemajuan2 yang di-perolehi di-Pusat Penchuba'an Menanam Padi Basah dengan Jent- era di-Mulaut ketika beliau melawat ka-kawasan itu pada hari Ra- bu, 6 February, 1957, dengan di-iringkan oleh British Resident Brunei, Yang Berhormat Mr. J.O. Gilbert.
Di-antara orang2 yang turut bersama mengiringi Tuan roh Jaya Tinggi itu ia-lah Pesuroh Jaya Perkembangan Negeri, Mr. E.R. Bevington; Pegawai Kanan Jabatan Sukat Mr. M. Hurley; Mr.R. Inche' Ajamain H. Morris; Penolong Pegawai Penempatan Semula; bin Abdul Razak; Pegawai Pertanian Negeri, Inche' Hamidoon bin Awang Damit; Jurutera Tempatan Ranchangan Tali Ayer Mulaut, Mr. H. Venkatasubbhan; Ketua Kampong Mulaut, Dato' Setiawan Haji Tinggal dan lain2-nya.
Tuan Yang Terutama itu telah tiba di-Batu 7, Kilanas pada pukol 9.00 pagi dan satelah melihat peta2 kawasan2 yang di-jal- ankan Ranchangan Tali Ayer tersebut, beliau pun di-bawa parit2 yang sedang di-korek dengan jentera2 yang besar dan meli- hat buroh2 Melayu yang sedang sibok menjalankan pekerja'an mere- ka.
Dari Kilanas, Tuan Yang Terutama itu telah berangkat ka- Mulaut dengan Motor Car dan berada di-sana selama satu jam sate- ngah, dalam mana beliau telah berjalan di-kawasan bendang terse- but menyaksikan berbagai2 perkara, sambil bersoal jawab dengan Pegawai 2 Keraja'an yang bersangkut paut dalam Ranchangan Mulaut itu.
Ini-lah kali yang kedua Tuan Pesuroh Jaya Tinggi bagi Neg- eri Brunei melawat ka-kawasan Mulaut itu, manakala pada kali ya- dahulu ng pertama beliau telah melawat ka-kawasan itu satahun pada masa Ranchangan Mulaut itu baharu saha ja di-mulai.
Tuan Yang Terutama itu berasa bangga melihat kemajuan yang di-perolehi di-Mulaut, sambil menegaskan bahawa Ranchangan Mula- ut yang di-jalankan itu sa-umom-nya ada-lah satu pekerja'an yang berfaedah terhadap Negeri ini.
Beliau berharap bahawa pada masa akan datang lebeh ramai sawah padi yang luas itu.
Tuan Yang Terutama Pesuroh Jaya Tinggi Sir Anthony Foster Abell telah menghadziri satu majlis jamuan yang khas di-beri ol- eh D.Y.M.M. Sultan Brunei, Sir Omar Ali Saifuddin di-Istana Dar- ul-Hana pada malam hari Rabu, 6 February, dan berangkat balek ka Kuching dengan Kapal Terbang Malayan Airways pada pagi hari Kha- mis, 7 February, 1957.
*****************