D.Y.M.M. SEMBAHYANG JUMA AT BERSAMA RAKYAT JELATA
Di-antara sap2 yang di-bawah ma'amum di-masjid Serasa, Jajahan ara, tawaduk menyembah Allah Subhanahu Wata'ala, di-imami oleh Imam A. hman, pada hari Juma'at 1 haribulan February, 1957 kelihatan diri Duli Yang Maha Mulia Sultan, sembahyang Juma'at menjadi ma'amum di-sana.
Satiap Juma'at Duli Yang Maha Mulia ada-lah kelihatan bersama2 rakyat-nya menjadi ma'amum di-salah sabuah masjid di-Bandar Brunei, sem- bahyang tiang Ugama, ada-lah surohan Allah Ta'ala yang ta'pernah di-lupa- kan baginda. Amalan ta'at pada surohan Allah Ta'ala itu bukan hanya di- lakukan baginda sendiri tetapi putera2 baginda juga ada-lah di-lateh menunaikan kewajipan menuntut ajaran Islam.
PENGAWAS PANCHARAGAM POLICE BRUNEI
Mr. R.E. House A.R.C.M., telah tiba di-Brunei dengan Kapal Terbang Malayan Airways dari Singapura pada hari Thalatha 29 haribulan January, 1957 untok berkhidmat sebagai Pengawas Pancharagam Police Brunei yang akan di-tubohkan sadikit hari lagi.
Beliau itu telah berkhidmat sebagai Ketua Pancharagam Pasokan Police Singapura dari tahun 1950 hingga ka-tahun 1956 dan sabelom dari tahun 1950 Mr. House telah berkhidmat sebagai Ketua Pancharagam Tentera di-Gold Coast, Afrika Barat; di-Eropah dan di-United Kingdom.
((Rule)) Persidangan Pemuda 2 Di-Hongkong:}}
4 ORANG DARI BRUNEI AKAN DI-PILEH MENGHADZIRI PERSIDANGAN ITU
{{inden teks|2em|Negeri Brunei akan menghantarkan 4 orang wakil2 untok menghadziri Persidangan Pemuda 2 yang akan di-langsongkan di-Hongkong pada penghujong-
an bulan November dan awal December tahun ini.}
}
Keputusan menghantarkan wakil2 dari Negeri ini ka-persidangan ter- sebut telah di-luluskan dalam satu mashuarat wakil2 Pergerakan Pemuda Se- luroh Brunei yang telah di-adakan di-Dewan Pejabat Penerangan di-Bandar Brunei baharu2 ini, yang di-hadziri oleh: Sister Eggleston (dari British Red Cross Society, Brunei Branch); Inche Ghani; Mrs. Fishenden (wakil da- ri Brunei District (Local) Boy Scout Association); Che'gu Abdullah bin Haji A. Bakar (dari Brunei Malay Teachers Association);B dan Mr. Wally Skinner (dari Brunei District (Local) Boy Scout Association) di-Pengurus- ikan oleh Pegawai Penerangan Negeri, P.M. Yusuf A.R.
Pengurusi majlis itu, yang juga telah menghadziri Persidangan Pemuda 2 Commonwealth di-Missendan Abbey, England sebagai wakil Tunggal dari Negeri Brunei pada bulan July tahun yang lalu, telah menerangkan dengan kemas tentang shur2 dan berbagai2 perkara mengenai persidangan itu dalam mana beliau tegaskan bahawa salepas di-adakan Persidangan Pemuda di-England itu, wajib-lah Daerah2 dalam lengkongan Commonwealth mengada- kan Persidangan di-antara Pergerakan2 Pemuda dalam tiap2 buah Daerah unt- ok merapatkan perpaduan mereka.
Salanjut-nya P.M. Yusuf menyatakan bahawa beliau telah menerima sapuchok surat dari Pengurusi Jawatan Kuasa Tadbir Persidangan Pemuda2, di-Hongkong menjemput Negeri ini menghantarkan 4 orang wakil2, mengando- ngi 3 orang wakil2 dari Pergerakan Pemuda dan sa-orang wakil Keraja'an ka-Persidangan di-Hongkong itu.
Keraja'an Hongkong, kata-nya, telah bersedia hendak memberi tem- pat tinggal dan makan dengan perchuma kapada wakil2 dari Negeri ini pada masa mereka menghadziri Persidangan tersebut.