Pergi ke kandungan

Laman:Hikayat Bayan Budiman.djvu/4

Daripada Wikisumber
Laman ini belum dibaca pruf

فتوت توانهمب فركي كرن ارت دنيا اين منجادي سوسه ڽاو يڠرما مليا دالم ايتون دبوڠ كرن امس ايت كڠكڠ فد سݢل يڠ مننتوتي دنيا فد هاري قيامت روفڽ كونيڠ سفرة موكا اورڠ درجان تتافي جک توانهمب هندق برلاير جوݢ سبايک ڽله توانهمب باؤ همب برسما٢ كارن همب انق فرمفون امنما كاوس دڠن كاكي اداڽ جک تياد قاوس نسچاي بناسله كاكي مک كتا حوج ممون هي ڽاوكو ادله سݢل علما فرمفون ايت منورت فد فنتو رومهڽ جک دتڠكلكن نسچاي بناسله رومهڽ تتافي همب منڠكلكن توان همب اين ماة همب كبلاكڠ جوݢ تتافي منڠكل همب اين جک بارڠ سسواة كرجا يڠ توان همب هندق كرجكن مک هندقله توانهمب مڽورة دڠن باين دان تيڠ كيت اين ستله شده حوج ممون برفسن فد استريڽ مک حوج ممون فون برلايرله انترا ببرف لماڽ حوج ممون برلاير ايت مک فد سواة هاري استري حوج ممون فون دندم اكن سواميڽ مک نايكله اي فد تمفت تيدر ايڽ ممبوكا تڠكف رومهڽ يڠ بركراوڠ لالو اي ممندڠ كباوه فد كتيک ايت انق راج دالم نكري ايتفون لالو دري سئسئ رومه ايت مک ايفون ممندڠ كاتس تڠكف ايت


patut tuan hamba pergi kerana [h]arta dunia ini menjadi susah nyawa yang maha mulia dalam itupun dibuang kerana emas itu kengkang pada segala yang menuntuti dunia pada hari kiamat rupanya kuning (sanat?) muka orang durjana tetapi jika tuan hamba hendak berlayar juga sebaiknyalah tuan hamba bawa hamba bersama-sama karena hamba anak perempuan (ihtimalan walau) dengan kaki adanya jika tiada (qaul) nescaya binasalah kaki maka kata khoja maymun hai nyawaku adalah kata segala ulama perempuan itu menurut pada pantau rumahnya jika ditinggalkan nescaya binasalah rumahnya tetapi hamba meninggalkan tuan hamba ini mati hamba ke belakang juga tetapi meninggal hamba ini jika barang sesuatu kerja yang tuan hamba hendak kerjakan maka hendaklah tuan hamba menyurat dengan bayan dan tiong kita ini setelah sudah khoja maymun berpesan pada isterinya maka khoja maymun pun berlayarlah antara beberapa lamanya khoja maymun berlayar itu maka pada suatu hari isteri khoja maymun pun dendam akan suaminya maka naiklah ia pada tempat tidur ianya membuka tingkap rumahnya yang berkerawang lalu ia memandang ke bawah pada ketika itu anak raja dalam negeri itu pun lalu dari sisi rumah itu maka ia pun memandang ke atas tingkap itu maka terpandang kepada muka isteri khoja maymun maka isteri khoja maymun pun terpandang pada muka anak raja itu melihatkan rupa rasa anak raja itu terlalu indah-indah rupa pakaiannya maka anak raja itu pun berahilah hati isteri khoja maymun pun berahilah hatinya maka isteri khoja maymun pun tinggallah dengan berahinya akan anak raja itu adapun akan anak raja itu telah sampai ke istananya maka dipanggilnya