Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/69

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Racun Makhluk Perosak
69


(3) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubung dengan bahan itu, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau yang tidak, jika tidak kerana Ordinan itu, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu pendaftaran, lesen, permit, kebenaran, pengecualian atau kecualian di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, tidak boleh didakwa di bawah Ordinan itu kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.

Pemansuhan P.T.M. 15/49 dan Sabah Bab 99

66. (1) Ordinan Racun (Natrium Arsenit) 1949 [P.T.M. 15 tahun 1949] dan Ordinan Racun (Pertanian dan Perusahaan) Negeri Sabah [Bab 99] dimansuhkan.

(2) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubung dengan natrium arsenit, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan-Ordinan itu atau yang tidak, jika tidak kerana Akta ini, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu lesen atau permit di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, peraturan-peraturan itu, tidak boleh didakwa di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.

(3) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubung dengan natrium arsenit, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan atau yang tidak, jika tidak kerana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan-Ordinan itu, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu pendaftaran, lesen, permit, kebenaran, pengecualian atau kecualian di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan, tidak boleh didakwa di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Ordinan-Ordinan itu kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.

(4) Jika ia dimaksudkan untuk membatalkan peraturan-peraturan itu