Pergi ke kandungan

Laman:Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (Akta 149).pdf/68

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
68
Undang-Undang Malaysia
Akta 149

bawah kawalan Ordinan itu dan kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya;

(d) peruntukan seksyen 9 Ordinan itu hendaklah, walau apa pun dan dengan tidak mengambil kira kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini, terus terpakai jika berkenaan bagi bahan yang disenaraikan dalam Bahagian IV Jadual Ketiga Akta ini berhubungan dengan cara mengisi, memelihara, membezakan, melabelkan atau menyimpan bahan itu apabila bahan itu ada dalam milikan seseorang atau di bawah kawalannya, atau pada menyimpan, menjual, memberi atau menghantarnya dan terus boleh dikuatkuasakan di bawah Ordinan itu, sehingga Menteri memerintahkan selainnya melalui pemberitahuan dalam Warta Persekutuan, apabila diperintahkan sedemikian kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini berhubungan dengan perkara itu hendaklah terpakai atau dijadikan terpakai, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi bahan itu.

Kawalan dalam Negeri Sarawak bahan yang merupakan racun dan juga racun makhluk perosak

65. (1) Seksyen ini hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu bahan yang merupakan suatu racun sebagaimana yang ditakrifkan dalam Ordinan Racun Negeri Sarawak dan juga suatu racun makhluk perosak sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta ini.

(2) Seseorang yang melakukan suatu perbuatan atau perkara berhubungan dengan bahan itu, yang perbuatan atau perkara yang dibenarkan oleh atau di bawah Ordinan itu atau yang tidak, jika tidak kerana Akta ini, menjadi suatu kesalahan menurut kuasa suatu lesen, kebenaran, pengecualian atau kecualian di bawah, atau menurut kuasa mana-mana peruntukan, Ordinan itu, tidak boleh didakwa di bawah Akta ini atau kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan kerana melakukan perbuatan atau perkara itu.