pada keseluruhannya atau untuk meminda peraturan-peraturan itu supaya menyentuh peruntukan dalamnya yang berhubungan dengan hak mengurus niaga natrium arsenit, pembatalan atau pindaan itu tidak boleh dijadikan berkuat kuasa sehingga sekurang-sekurangnya satu tahun selepas penyiaran pembatalan atau pindaan itu.
Pindaan P.T.M. 29/52
67. Ordinan Racun 1952 dipinda dengan memotong subseksyen 21(3).
Jadual Pertama
[Seksyen 2]
SENARAI PERAWIS AKTIF
HURAIAN
1. Dalam senarai yang berikut nama biasa dan nama kimia atau, jika tiada nama biasa diberi, nama kimia sahaja, cukup untuk menentukan identiti suatu racun makhluk perosak.
2. Tanda “=” menunjukkan kesinambungan ejaan dan digunakan apabila suatu perkataan atau nama dipisahkan disebabkan ruang yang terhad.
Nama biasa |
Nama kimia |
Abamectin | Campuran:
(a) (10E,14E,16E,22Z)-(1R,4S,5’S,6S,6’R,8R,12S,13S,20R,21R,24S)-6’-[(S)-sec-butyl]-21,24-dihydroxy-5’,11,13,22-tetramethyl-2-oxo-3,7,19-trioxatetracyclo[15.6.1.14.8.020.24]pentacosa-10,14,16,22-tetraene-6-spiro-2’-(5’,6’-dihydro-2’H-pyran)-12-yl 2,6-dideoxy-4O-(2,6-dideoxy-3-O-methyl-α-L-arabino-hexopyranosyl)-3-O-methyl-α-L-arabino-hexopyranoside; dan |