Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/98

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
98
Undang-Undang Malaysia
Akta 715

memudahkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan audit itu, termasuk memberi mereka akses kepada premisnya dan dokumentasi dan maklumatnya.

(8) Seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen yang—

(a) tidak memberikan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini; atau
(b) enggan untuk membantu atau memudahkan, atau menghalang, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat dalam menjalankan suatu audit di bawah seksyen ini,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Bab 5
Tambang dan tambang muatan

Tambang

75. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), (3) dan (9), tiada seorang pun boleh menuntut, mengutip dan memegang simpan apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam yang melebihi apa-apa kadar tambang yang ditetapkan di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh, atas syor Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, mengecualikan mana-mana orang daripada pembayaran apa-apa tambang berhubung dengan suatu perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.