Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/97

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
97

pemegang lesen atau pengendali berlesen itu terikat untuk menyediakan di bawah syarat lesen atau lesen pengendali itu.

(4) Maklumat yang dikehendaki di bawah seksyen ini hendaklah diberikan dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara, pada apa-apa lat tempoh dan hendaklah disertai dengan atau ditambahkan dengan apa-apa penjelasan dan dokumen sokongan sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(5) Maklumat yang seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini boleh termasuk maklumat yang, walaupun maklumat itu bukan dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, atau tidak akan selainnya berada dalam milikan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, ialah maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu boleh semunasabahnya dikehendaki untuk mendapatkannya atau mengumpulkannya.

(6) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen atau pengendali berlesen untuk melantik, atas kos pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, seorang pakar bebas dengan kelayakan yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menjalankan suatu audit atau mengkaji semula apa-apa maklumat yang pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dikehendaki untuk memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah seksyen ini, tetapi pelantikan sedemikian dan laporan pakar bebas itu tidak akan melepaskan atau mengurangkan dalam apa-apa cara tanggungan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu di bawah seksyen ini.

(7) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau pegawai pengangkutan awam darat boleh pada bila-bila masa, sebagaimana yang difikirkannya perlu, menjalankan suatu audit terhadap perniagaan dan aktiviti pemegang lesen atau pengendali berlesen itu, dan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu hendaklah mengambil segala langkah yang perlu, atas kos sendirinya, untuk membantu dan