Laman ini telah dibaca pruf
96
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
- (b) kunci kira-kira tahunan terauditnya, akaun untung ruginya, berserta dengan apa-apa notis mengenainya, dan laporan juruauditnya dan, jika berkenaan, pengarahnya;
- (c) suatu penyata mengenai semua kemalangan yang melibatkan kenderaan yang berkaitan itu, sama ada mengakibatkan kematian atau kecederaan diri atau tidak, yang berlaku semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
- (d) suatu penyata yang menjadualkan apa-apa maklumat yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen dan pekerjanya masing-masing, yang melibatkan kenderaan yang berkaitan semasa tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat termasuk—
- (i) semua sabitan berkenaan dengan setiap kesalahan sedemikian; dan
- (ii) semua kesalahan yang dikompaun oleh mana-mana orang dan jumlah kompaun yang dibayar berkenaan dengan kesalahan itu.
(3) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen supaya mengemukakan kepadanya berkenaan dengan mana-mana tempoh yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (a) apa-apa maklumat statistik yang berhubungan dengan operasi pemegang lesen atau pengendali berlesen itu;
- (b) ramalan penumpangnya semasa tempoh sedemikian dan mengikut apa-apa bentuk yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; dan
- (c) rancangan pembangunan masa hadapan yang berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan atau kemudahan yang