Pergi ke kandungan

Laman:Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).pdf/95

Daripada Wikisumber
Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
95

apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pengemukaan laporan, akaun, dsb.

74. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 207, tiap-tiap pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan pemegang lesen dan pengendali berlesen itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat apa-apa maklumat yang berhubungan dengan apa-apa perkara yang—

(a) berkaitan dengan penjalanan oleh pemegang lesen atau pengendali berlesen itu aktiviti berlesen mereka masing-masing; atau
(b) adalah material bagi penjalanan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat akan mana-mana kuasanya di bawah Akta ini, sebagaimana yang dikehendaki oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat atau sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm).

(2) Tanpa menjejaskan subseksyen (1), seseorang pemegang lesen dan pengendali berlesen hendaklah, tertakluk kepada apa-apa pengecualian yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 252(1)(tm), memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—

(a) suatu laporan mengenai operasinya dalam tahun kewangan itu yang mengandungi apa-apa maklumat yang perlu untuk membolehkan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menilai tahap pematuhan pemegang lesen atau pengendali berlesen itu dengan standard prestasi dan kawal seliaan dan juga keterangan yang memuaskan mengenai pematuhan syarat lesen atau lesen pengendali itu;