yang diberikan di bawah subseksyen (1), mengenakan pada lesen pengendali itu apa-apa syarat yang difikirkannya patut sebagai tambahan kepada syarat yang disebut dalam seksyen 57.
(5) Bagi maksud seksyen ini, “orang Melayu” atau “anak negeri” termasuklah suatu syarikat, persatuan atau kumpulan orang, sama ada diperbadankan atau tidak diperbadankan, yang bahagian majoriti modalnya dipunyai oleh dan pengurusan dan pekerjanya terdiri daripada orang Melayu atau anak negeri.
Perlindungan kepentingan awam
68. Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya, tiada apa jua dalam Bab ini boleh disifatkan sebagai memberi pengendali berlesen apa-apa hak yang berterusan kepada apa-apa faedah yang berbangkit daripada peruntukan Bab ini, atau daripada mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan atau disifatkan telah dikeluarkan di bawahnya atau daripada mana-mana syarat yang dikenakan kepada mana-mana lesen pengendali itu.
Bab 4
Kewajipan pemegang lesen dan pengendali berlesen
Standard prestasi bagi pengendali berlesen
69. (1) Menjadi kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah Bahagian ini untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dibenarkan dalam lesen pengendalinya untuk memenuhi standard prestasi yang berkaitan bagi perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan sedemikian yang diadakan olehnya.
(2) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan mengenai standard prestasi yang berkaitan dengan pengendalian atau pengadaan perkhidmatan kenderaan perkhidmatan awam atau perkhidmatan kenderaan barangan, mengikut mana-mana yang berkenaan,