ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal sesuatu syarikat, likuidasi, pengendali berlesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan pengendali berlesen itu atau, jika atas apa-apa sebab Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas hati bahawa adalah tidak adil untuk tidak berbuat demikian, membenarkan pemindahan lesen pengendali itu.
Perizaban lesen pengendali
67. (1) Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Yang di-Pertuan Agong boleh, dari semasa ke semasa melalui perintah, memberi Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat arahan sebagaimana yang dikehendaki bagi perizaban lesen pengendali bagi orang Melayu dan anak negeri dalam apa-apa perkadaran lesen pengendali yang hendak dikeluarkan di bawah Bab ini kepada orang yang menjalankan sebagai perniagaan utamanya, suatu perniagaan membawa barangan untuk mana-mana pihak ketiga bagi sewa atau upah dengan menggunakan kenderaan barangan sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong, dan Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mematuhi arahan sedemikian.
(2) Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan kepada seorang Melayu atau anak negeri oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat menurut arahan yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen (1) hendaklah mengandungi pengendorsan yang berikut:
- “Diberikan menurut arahan yang diberikan di bawah subseksyen 67(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.”.
(3) Pengendorsan dalam subseksyen (2) hendaklah menjadi keterangan yang konklusif bahawa lesen pengendali itu telah dikeluarkan menurut arahan sedemikian.
(4) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, berkenaan dengan mana-mana lesen pengendali yang dikeluarkan menurut arahan