permohonan yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (a) mana-mana lesen atau lesen pengendali lain yang telah dikeluarkan kepadanya di bawah Akta ini;
- (b) apa jua kepentingan kewangan yang dipunyai olehnya dalam perniagaan mana-mana orang lain yang mengadakan perkhidmatan atau kemudahan bagi pengangkutan awam darat di dalam Semenanjung Malaysia; dan
- (c) apa-apa kepentingan atau hak yang dipunyai oleh mana-mana orang lain dalam perniagaannya dan, dalam hal pemohon yang merupakan suatu syarikat, apa-apa hak yang dipunyai oleh orang yang lain itu untuk menamakan mana-mana pengarah syarikat itu.
(2) Jika pemohon bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini tidak menzahirkan maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (1), dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Pemindahan lesen pengendali dilarang
66. (1) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah menjadi khas kepada pengendali berlesen itu, dan tidak boleh dipindahkan atau diserahhakkan.
(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
(3) Walau apa pun perenggan 62(1)(c), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, sekiranya berlaku kematian,