hati bahawa terdapat keperluan untuk membawa barangan dengan kelas kenderaan barangan yang berlainan daripada kelas kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini bagi maksud—
- (a) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang berlainan; atau
- (b) menyusun semula atau menggabungkan perkhidmatan kenderaan barangan yang dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen daripada kelas kenderaan barangan yang sama.
(2) Sebelum menggantikan suatu lesen pengendali di bawah subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan suatu notis bertulis tidak kurang daripada satu tahun sebelum tarikh penggantian yang dicadangkan kepada pengendali berlesen itu yang menyatakan niat Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali itu.
(3) Sesuatu lesen pengendali yang menggantikan mana-mana lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penggantian itu.
(4) Apabila lesen pengendali gantian itu mula berkuat kuasa, lesen pengendali yang digantikan di bawah subseksyen (1) adalah tidak sah dan hendaklah diserahkan balik kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat dalam masa empat belas hari dari mula berkuat kuasanya lesen pengendali gantian itu.
Kepentingan pengangkutan yang lain hendaklah dizahirkan oleh pemohon
65. (1) Tanpa menjejaskan seksyen 52 atau 61, mana-mana orang yang memohon bagi suatu lesen pengendali atau bagi pengubahan suatu lesen pengendali atau mana-mana syarat lesen pengendali itu hendaklah menzahirkan atau mengemukakan dalam borang