(3) Jika suatu lesen pengendali—
- (a) telah dibatalkan, ia tidak mempunyai kuat kuasa dari tarikh pembatalan itu dan pengendali berlesen itu hendaklah dalam masa empat belas hari daripada tarikh pembatalan lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
- (b) telah digantung, ia tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh penggantungan itu.
Larangan berhubungan dengan lesen pengendali yang digantung
63. (1) Seorang pengendali berlesen yang lesen pengendalinya telah digantung di bawah seksyen 62 tidak boleh, semasa tempoh penggantungan itu, mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dibenarkan oleh lesen pengendali sedemikian atau selainnya menggunakan, atau menyebabkan atau membenarkan penggunaan mana-mana kenderaan barangan yang dibenarkan untuk digunakan di bawah terma lesen pengendali itu.
(2) Seseorang pengendali berlesen yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Kuasa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat untuk menggantikan lesen pengendali
64. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah, dalam menjalankan budi bicaranya, mempunyai kuasa untuk menggantikan suatu lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan suatu perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan suatu kelas kenderaan barangan dengan lesen pengendali untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang menggunakan kelas kenderaan barangan yang lain, jika Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat berpuas