Laman ini telah dibaca pruf
82
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
(4) Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.
(5) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali dikemukakan, pengendali berlesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Dokumen yang dikehendaki bagi pembaharuan lesen pengendali
60. (1) Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali hendaklah disertai dengan dokumen yang berikut:
- (a) suatu penyata kewangan teraudit pemohon; dan
- (b) suatu laporan prestasi bagi tahun yang sebelumnya yang berhubungan dengan—
- (i) jumlah sukatan barangan yang dibawa;
- (ii) jumlah bilangan kenderaan barangan yang ada dalam pengendalian dan hasil muatan;
- (iii) jumlah sebenar bilangan perjalanan yang dikendalikan dan dijadualkan;
- (iv) anggaran bilangan kenderaan barangan yang dikehendaki untuk mengadakan perkhidmatan yang cekap bagi sesuatu laluan khusus; dan
- (v) keterangan mengenai pematuhan syarat yang disebut dalam perenggan 58(1)(a) dan apa-apa kelulusan atau lesen berkaitan yang lain yang diberikan oleh pihak berkuasa yang berkaitan sebagaimana yang