dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh menghendaki apa-apa dokumen tambahan untuk dikemukakan oleh pemohon bagi pembaharuan lesen pengendali itu.
Permohonan bagi pengubahan
61. Tertakluk kepada Akta ini, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen bagi pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa penuh mengikut budi bicaranya—
- (a) untuk meluluskan permohonan itu sepenuhnya atau sebahagiannya;
- (b) untuk menolak permohonan itu; atau
- (c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen pengendali itu atau syarat lesen pengendali itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.
Pembatalan atau penggantungan lesen pengendali
62. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, dengan notis bertulis kepada pengendali berlesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
- (a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen pengendali itu tidak dipatuhi;
- (b) jika pengeluaran lesen pengendali itu didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pengendali berlesen itu;