Laman ini telah dibaca pruf
80
Undang-Undang Malaysia
Akta 715
(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Syarat berkanun lesen pengendali
58. (1) Menjadi syarat tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
- (a) bahawa kenderaan barangan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;
- (b) bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan barangan itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan itu, jika berkenaan, dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan barangan itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:
- (i) had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan barangan atau kelasnya;
- (ii) berat dengan muatan dan tanpa muatan dan, memuatkan dan memunggahkan, kenderaan barangan; dan
- (iii) pembinaan, pengunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan barangan khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan; dan