- (x) langkah untuk melindungi keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan dan pengguna jalan yang lain termasuk, cara dan masa memuatkan dan memunggahkan barangan di jalan;
- (xi) jenis dokumen yang hendak dibawa dan maklumat yang hendak dipamerkan pada setiap kenderaan barangan, seperti salinan lesen pengendali, jadual waktu dan jadual tambang, dan yang boleh diperiksa;
- (xii) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah menyimpan dan mengemukakan apabila diminta bagi pemeriksaan dan penentusahan akaun, dokumen dan rekod yang dinyatakan, selain dokumen yang disebut dalam subperenggan (1)(b)(xi); dan
- (xiii) kehendak bahawa setiap kenderaan barangan disimpan di tempat yang ditentukan semasa tidak digunakan.
(2) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, pada bila-bila masa mengikut budi bicaranya, menambahkan, membatalkan atau mengubah mana-mana syarat yang dikenakan pada suatu lesen pengendali di bawah seksyen ini.
(3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(4) Tiada seorang pun boleh menggunakan suatu kenderaan barangan atau menyebabkan atau membenarkan suatu kenderaan barangan untuk digunakan bagi membawa penumpang, melainkan jika ada berkuat kuasa suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini yang membenarkan penggunaan sedemikian dan ia hendaklah mengikut mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu.