Pengeluaran lesen pengendali
53. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila permohonan dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini—
- (a) meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya atau dengan apa-apa ubah suaian yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dan selepas dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu lesen pengendali kepada pemohon itu; atau
- (b) menolak permohonan itu.
(2) Pengeluaran suatu lesen pengendali oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat di bawah subseksyen (1) tidaklah mengenakan apa-apa tanggungan pada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan, peninggalan atau kemungkiran pengendali berlesen itu.
Tempoh lesen pengendali
54. Sesuatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini hendaklah, melainkan jika digantikan atau dibatalkan, terus berkuat kuasa bagi apa-apa tempoh yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat, dengan syarat bahawa tempoh itu tidak boleh melebihi tujuh tahun.
Lesen pengendali jangka pendek
55. (1) Jika sesuatu permohonan telah dibuat bagi suatu lesen pengendali di bawah Bab ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, jika sebab pentadbiran atau atas alasan keterdesakan perkara itu difikirkannya wajar dibuat sedemikian sementara menunggu permohonan itu diputuskan, mengeluarkan kepada