Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
75
kemudahan terminal dalam kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu di mana terletaknya laluan itu;
- (c) suatu laporan justifikasi bagi laluan itu;
- (d) kelas dan bilangan maksimum kenderaan barangan daripada kelas itu yang akan dikendalikan oleh pemohon itu;
- (e) kadar atau struktur kadar dan surcaj, jika ada, yang dicadangkan untuk dikenakan bagi membawa barangan dengan kenderaan barangan itu; dan
- (f) apa-apa maklumat lain yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
(3) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh enggan untuk mendaftarkan, meneruskan dengan atau mendengar atau memutuskan sesuatu permohonan, dan boleh menghendaki supaya permohonan itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula atau supaya suatu permohonan yang baharu dikemukakan sebagai gantinya jika—
- (a) borang permohonan itu tidak dilengkapkan dengan sewajarnya oleh sebab apa-apa peninggalan atau salah perihalan;
- (b) borang permohonan itu mengandungi apa-apa kesilapan atau pengubahan;
- (c) pemohon itu tidak memberikan dokumen atau maklumat yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) dalam tempoh masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa pelanjutan masa yang diberikan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat; atau
- (d) permohonan itu tidak mematuhi apa-apa kehendak lain yang ditetapkan.