pemohon itu suatu lesen pengendali jangka pendek bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
(2) Suatu lesen pengendali jangka pendek hendaklah terhenti berkuat kuasa dari tarikh yang padanya Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat memberikan keputusannya tentang permohonan itu, dan dalam apa hal jua pun tidak boleh berkuat kuasa lebih daripada dua belas bulan.
Perubahan sementara penggunaan kenderaan barangan
[1]56. Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen, membenarkan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga bulan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, pengendali berlesen bagi kelas kenderaan barangan yang tertentu untuk menggunakan suatu kenderaan barangan daripada mana-mana kelas lain.
Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali
57. (1) Tertakluk kepada Akta ini, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya—
- (a) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah, berkaitan dengan lesen pengendalinya, hanya menggunakan kenderaan barangan daripada kelas kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu untuk mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan kenderaan barangan yang dinyatakan dalam lesen pengendali itu; dan
- (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana
- ↑ CATATAN—lihat Perintah Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) (Pelanjutan Kuat Kuasa) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 437/2021] yang berkuat kuasa pada 01-01-2022 sehingga 22-10-2022.