Laman ini telah dibaca pruf
Pengangkutan Awam Darat
61
- (c) sekiranya berlaku likuidasi pemegang lesen itu atau, apabila seorang penerima atau pengurus dilantik berhubung dengan perniagaan mengadakan perkhidmatan kenderaan pelancongan pemegang lesen itu; atau
- (d) jika ia berpuas hati bahawa kenderaan pelancongan yang berkenaan dengannya suatu lesen telah dikeluarkan di bawah Bab ini telah digunakan atau diniatkan untuk digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bahawa maksud asal yang baginya lesen itu dikeluarkan tidak lagi wujud:
Dengan syarat bahawa Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat—
- (A) dalam hal kemungkiran mana-mana syarat lesen di bawah perenggan (a), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen melainkan jika ia berpuas hati, selepas memberi pemegang lesen itu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, bahawa disebabkan kekerapan kemungkiran itu, atau kemungkiran itu dilakukan dengan sengaja atau bahaya kepada orang awam yang terlibat dalam kemungkiran itu, lesen itu patut dibatalkan atau digantung; atau
- (B) dalam hal kemungkiran mana-mana peruntukan Akta ini di bawah perenggan (a), atau perenggan (b), (c) atau (d), tidak boleh membatalkan atau menggantung lesen itu melainkan jika ia berpuas hati bahawa, selepas memberi pemegang lesen itu suatu peluang untuk membuat apa-apa representasi bertulis yang dihasratinya untuk dibuat, lesen itu patut dibatalkan atau digantung.
(2) Bagi maksud subseksyen (1), kemungkiran mana-mana syarat yang dinyatakan dalam perenggan 42(1)(a) atau (b) hendaklah disifatkan sebagai suatu kemungkiran yang merupakan bahaya kepada orang awam.
(3) Walau apa pun subseksyen (1), sekiranya pemegang lesen itu terhenti dilesenkan sebagai suatu pengusahaan pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992, lesen yang dikeluarkan di bawah Bab