Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.
(5) Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen dikemukakan, pemegang lesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen itu mengembalikan lesen itu kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat.
Permohonan bagi pengubahan
44. Tertakluk kepada Akta ini, apabila permohonan dibuat oleh pemegang lesen bagi pengubahan lesen itu atau syarat lesen itu, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mempunyai kuasa sepenuhnya mengikut budi bicaranya—
- (a) untuk meluluskan permohonan itu keseluruhannya atau sebahagiannya;
- (b) untuk menolak permohonan itu; atau
- (c) untuk memerintahkan apa-apa pengubahan lesen itu atau syarat lesen itu selain pengubahan yang dinyatakan dalam permohonan itu.
Pembatalan atau penggantungan lesen
45. (1) Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat boleh, melalui notis bertulis kepada pemegang lesen dan tanpa apa-apa pampasan, membatalkan atau menggantung suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab ini—
- (a) jika mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana syarat lesen itu tidak dipatuhi;
- (b) jika pengeluaran lesen itu telah didorong oleh representasi palsu mengenai fakta oleh atau bagi pihak pemegang lesen itu;